China Bina Jaringan Keretapi Terpantas Di Dunia!

China Bina Jaringan Keretapi Terpantas Di Dunia!

China sangat mementingkan pencapaian negaranya yang luar biasa. Baru baru ini, China telah mengumumkan pencapaian terbarunya dan telah diiktiraf sebagai rangkaian keretapi terpantas di dunia. Kereta api tersebut menghubungkan bandar Beijing-Shanghai melalui beberapa bandar pada kelajuan purata 350 km iaitu 217 batu sejam. Dan rangkaian keretapi terpantas itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar.

“Saya sangat teruja,” kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train manakala tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.

Kereta api yang berkelajuan super-tinggi itu telah berjaya menjadikan masa untuk perjalanan sejauh 1069 km dalam masa 3jam. Jika dibandingkan masa yang di ambil ebelum ini, ianya mengambil masa lebih daripada 7 jam setengah. Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 km sejam (km/j), kata agensi berita rasmi Xinhua.

26 China Bina Jaringan Keretapi Terpantas Di Dunia!

“Kereta api ini boleh pergi sejauh 487 km sejam hampir 500km sejam, dan merupakan kereta api terpantas dalam operasi di dunia. Namun atas faktor keselamatan, kerajaan China menetapkan 300km/j sebagai had purata kelajuan,” kata Zhang Shuguan, ketua biro pengangkutan landasan kereta api di kementerian, kepada Xinhua.

100 tahun lalu, perjalanan dari Beijing ke Shanghai bukan sahaja berbahaya bahkan memerlukan masa sehingga tiga minggu. Kereta api biasa mengambil masa 10 jam tetapi dengan tren laju  hanya 4 jam 48 minit.

Sebagai perbandingan, jika anda menaiki kereta api ekspres dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, ia mengambil masa selama 10 jam untuk sampai.

Pihak berkuasa kereta api berkata, tren laju itu akan mempunyai 180 perjalanan ulang-alik sehari dan boleh membawa 80 juta penumpang setahun.

Ujian pemanduan untuk perkhidmatan kereta api ini telah pun bermula pada awal bulan Disember lalu dan rangkaian kereta api terpantas ini secara rasmi akan memulakan perkhidmatan apabila kereta api pertama yang dijadualkan meninggalkan metropolitan timur Wuhan pada 30 Jun lalu.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, jika dilakukan perbandingan, purata untuk kereta api berkelajuan tinggi di Jepun adalah 243 km sejam manakala di Perancis, ia adalah 277km sejam, kata Xu Fangliang, jurutera yang bertanggungjawab mereka bentuk jaringan tersebut.

ru 01.3 China Bina Jaringan Keretapi Terpantas Di Dunia!
Beijing mempunyai program pembangunan kereta api yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan rangkaian kebangsaan dari 86,000 km pada masa ini kepada 120,000 km, lantas menjadikannya sistem rangkaian keretapi yang meluas selepas Amerika Syarikat. Dan khabarnya China memiliki rangkaian tren laju paling komprehensif dan terbesar di dunia.

Pada bulan September, para pegawai berkata, mereka merancang untuk membina 42 buah lagi jaringan keretapi berkelajuan tinggi menjelang 2012 dalam membaik pulih sistem jaringan keretapi yang sedia ada secara besar-besaran sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Dan khabarnya rangkaian ini menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam kerjasama dengan syarikat-syarikat luar seperti Siemens, Bombardier dan Alstom. Dan video berikut, merupakan laporan tentang jaringan kereta api terpantas dunia yang kini milik China.

s2u.my

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*