Home » Berita Pelik » Kanak-Kanak Dengan 34 Jari – Kaki dan Tangan [Gambar]
Kanak-Kanak Dengan 34 Jari – Kaki dan Tangan [Gambar]

Kanak-Kanak Dengan 34 Jari – Kaki dan Tangan [Gambar]

INDIA-Saat menimang  cahaya mata pertama, Amrita Saxena sangat teruja dan gembira namun kegembiraannya bertukar dengan kejutan yang teramat sangat apabila menyedari anak lelaki sulungnya,Akshat mempunyai 34 jari (kaki dan tangan).

Akshat dianugerahkan 14 jari tangan dan 20 jari kaki. Ini bukanlah cerita baru mengenai ketentuan tuhan bayi yang dilahirkan mempunyai jari kaki dan tangan melebihi 20.

1. Lei Yadi Min dilahirkan dengan 26 jari (China)

2. Kanak-kanak lelaki dengan 31 jari (China)

Akshat dilahirkan dengan keadaan yang jarang sekali berlaku yang dipanggil polydactyly di mana pesakit mempunyai bilangan tambahan pada jari mereka.

34 jari 2 Kanak Kanak Dengan 34 Jari   Kaki dan Tangan [Gambar]

Walaupun Akshat dikurniakan lebihan jari, dia sebenarnya tidak mempunya ibu jari tangan dan Akshat bakal menjalani pembedahan untuk pembentukan ibu jari dan juga membuang lebihan jari yang dipunyai olehnya.

Walaupun dengan dilahirkan dalam keadaan normal, pembedahan ini perlu dilakukan untuk membolehkan kanak-kanak ini menjalani kehidupan normal kelak.

Ibubapa Akshat tabah menerima keadaan ini kerana mereka percaya setiap kelahiran tuhan telah menentukan nasib masing-masing.

34 jari Kanak Kanak Dengan 34 Jari   Kaki dan Tangan [Gambar]

Mempunyai 34 jari (14 jari tangan dan 20 jari kaki), Akshat telah diiktiraf oleh World Records sebagai “Manusia yang mempunyai paling banyak jari (polydactylism)”.

Info : Tiada apa ganjaran diperolehi dengan setiap rekod yang diiktiraf oleh Guiness World Records.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top