Owen Hargreaves bekas pemain Manchester United, kini terdesak untuk kembali beraksi dipadang. Selepas mengalami kecederaan yang teruk Owen hanya mampu beraksi pada musim pertamanya di Man United dan hanya beberapa perlawanan untuk 3 musim seterusnya.
Disebabkan kecederaan yang berpanjangan itu, Alex Ferguson tidak berminat untuk mendapatkan khidmat beliau lagi. Selepas berakhirnya musim 2010/2011 yang lalu, kini Owen Hargreaves masih mencari-cari kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Tidak dapat dinafikan, Owen Hargreaves anatara pemain yang bagus pada posisinya (defensive midfielder). Jika tidak, masakan Alex Ferguson membawanya kembali ke England selepas 7 musim bersama Bayern Munich.
Malang menimpa apabila kecederaan teruk dan berpanjangan ketika berada di Man United membuatkan kini bintangnya menjadi gelap dan seperti sukar untuk kembali bersinar.
Pada usia 30 tahun,mengalami kecederaan yang berpanjangan dan tahap kecergasan yang tidak 100% pastinya sukar untuk menarik minat kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya lagi. Kini Owen Hargreaves menjual dirinya di youtube dengan memuatnaik video-video latihan kecergasan yang dilakukan demi membuktikan beliau masih cergas dan mampu untuk menyinar.
Pasti besar harapan beliau, ada kelab yang bakal mendapatkan khidmatnya kelak.![owen hargreaves owen hargreaves 564x369 Owen Hargreaves Jual Diri Di Youtube [Video+]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/owen-hargreaves-564x369.jpg)
3 musim terakhir di Man United Owen hanya mampu beraksi 5 perlawanan. Pastinya satu pembelian yang sangat merugikan kepada Man United.
Hakikatnya, begitulah nasib seorang pemain bola sepak. Anda akan dipuja ketika beraksi cemerlang dan dibiarkan sendiri selepas khidmat anda tidak lagi diperlukan.
Bagaimana dengan jaguh-jaguh bola sepak negara kita pada suatu masa dahulu??? Tiada siapa peduli kerana khidmat mereka tidak lagi diperlukan….
Kelantan,Selangor,Terengganu?? Tak berminat ke nak beli???
