Sekarang ini isu halal dan haram memang menjadi tumpuan dan ianya satu perkara yang kita perlu titik beratkan tambah tambah lagi kepada orang Islam.
Begitulah yang terjadi di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aira, 30-an telah melaporkan kepada Harian Metro, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya.
Aira berkata,
“Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”
Dan menurut carian di Wikipedia, ‘chorizo’ merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.
Aira cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya. Cuma apa yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang dan kemerahan berbanding sosej daging lembu yang dijual disitu.
Macam macam hal sekarang ni, apa yang kita boleh buat ialah berhati hati. Beli bila kita betl betul yakin akan status halal sesuatu barangan. Harap pihak JAKIM lebih peka dengan status semua barangan di Malaysia.
Sumber: Harian Metro,Julai 2011


