Home » Variasi » Kesihatan » Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?
Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Barbeku sosej boleh membuatkannya sama bahaya seperti menyalakan sebatang rokok, menurut satu papan tanda di Amerika yang bertulis: “Warning: Hot dogs can wreck your health.” (Amaran: Sosej membahayakan kesihatan)

hotdog2 Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Papan tanda ini yang tersergam indah di lebuhraya di Amerika, juga menandakan betapa banyaknya sosej yang telah dijual di seluruh dunia yang mungkin juga sebagai makanan harian sesetengah masyarakat.

Projek Kanser ini dari kumpulan NGO adalah bertujuan untuk menyarankan semua pengguna supaya mendapatkan diet yang seimbang. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan segala penyakit yang kronik bakal timbul.

Capture Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Kumpulan ini mahu pengguna sedar bahawa risiko tinggi jika mengamalkan pemakanan daging yang diproses. Para industri daging tidak berpuas hati dengan kumpulan ini dan menyatakan bahawa mereka ini hanya ingin mengurangkan pemakanan bagi binatang.

Pakar pemakanan di Amerika telah menyarankan supaya pembungkusan sosej perlu diletakkan tanda amaran kerana daging yang diproses telah menjalani proses pemesinan, pengawetan serta pengasinan.

hotdog 20091102031752 400 Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Satu laporan dari Institut Kajian Kanser Amerika serta Kajian Kanser Dunia menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan 100gm daging yang diproses mempunyai 36% risiko untuk mengalami kanser usus. Kajian pada tahun 2010 oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika juga telah menunjukkan bahawa memakan daging yang diproses meningkatkan risiko untuk kanser kelenjar prostat.

d2f5f25025403b49e1d6844b464c6f2e Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Walaubagaimanapun, sosej bukanlah satu makanan yang berkhasiat mahupun sangat berbahaya jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bagi ibu bapa diluar sana, awasilah pemakanan anak-anak kita kerana daging yang diproses adalah kurang berkhasiat. Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup keluarga kita, demi kesihatan setiap ahli keluarga kita. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Sekian.

One comment

  1. Oh ye ke.. takut dah nak makan sosej. kanser usus tu..
    My recent post Facebook Down: Tak Boleh Login Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top