Ini merupakan antara perkara asas yang perlu dilakukan dalam mencari trafik ke blog/website. Blog yang tidak diindex oleh enjin carian pastinya akan kerugian untuk mendapatkan lebih ramai pembaca terutamanya dalam artikel ‘kata kunci panas’.
Blog tidak boleh bergantung semata-mata kepada ‘direct’ trafik seperti melakukan promosi ke facebook. Ini kerana pemasaran melalui facebook hanya bergantung kepada jumlah ‘share’ dan jumlah ‘fans’. Ia juga tidak kekal lama kerana facebook bukanlah medium yang digunakan oleh pelayar untuk mencari sesuatu info.
Mendapat pelawat dari enjin carian (trafik organik) adalah sesuatu yang wajib kepada blog yang ingin mendapatkan pembaca secara berterusan.
Terdapat pelbagai enjin carian namun google,yahoo dan bing adalah 3 enjin carian yang popular. Sungguh pun begitu, populariti enjin carian google jauh untuk ditandingan oleh yahoo dan bing.
Untuk menyenaraikan blog anda ke 3 enjin carian ini sila klik pada pautan dibawah:
1. Google.com
Adalah digalakkan untuk anda mendaftarkan blog ke google webmaster
2. Yahoo.com
Persoalan anda sebelum ini kenapa tidak keluar artikel blog anda apabila meng’google’ telah terjawab. Mungkin anda belum ‘submit’ blog anda ke enjin carian. Jadi enjin carian tidak index blog anda.
Untuk pengguna wordpress, anda boleh menggunakan plugin “Google XML Sitemaps”
PERINGATAN : Perubahan drastik pelawat ke blog anda tidak akan berlaku jika blog tidak banyak kata kunci.

16/08/2011 at 7:44 AM
Lame dah x bace artikel pasal blogging.yup benda ni mmg ptg.slalunya aq akan buat ni dlu lepas baru setup blog …Tips yg sgt bagus ni bro
16/08/2011 at 2:52 PM
aku pon lama dah tak menulis artikel pasal blogging
18/12/2012 at 3:34 PM
jalan-jalan cari info. terima kasih kongsi ilmu. silalah lawat blog saya sambil membeli belah