Turun 10kg Dengan Hanya Ubi Kentang!

Turun 10kg Dengan Hanya Ubi Kentang!

Sering kali kita dengar makanan berkabohidrat seperti nasi, ubi kentang dan juga roti mampu menaikkan berat badan seseorang jika diambil secara berlebihan. Tetapi berlainan pula dengan lelaki bernama Chris Voigt yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg dengan ubi kentang.

du 05.1 Turun 10kg Dengan Hanya Ubi Kentang!

WASHINGTON – Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69.Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya dan Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu.

Fresh Potato Turun 10kg Dengan Hanya Ubi Kentang!

Ubi kentang dipercayai kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang mendapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Dan ubi kentang merupakan karbohidrat kompleks yang mempunyai manfaat iaitu tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menguraikannya menjadi gula. Dengan demikian, gula memasuki aliran darah dengan laju kecepatan yang lebih stabil. Sertakan dalam karbohidrat makanan campuran yang berserat tinggi. Semakin banyak serat yang dikandung makanan, semakin perlahan proses pencernaannya dan semakin lambat pula peningkatan kadar gula darah.

Mungkin kerana itu, Chris Voigt dapat menurunkan berat badannya, kerana karbohidrat komples ini memberi efek lambat lapar kepada seseorang jika di bandingkan dengan karbohidrat ringkas.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*