PDRM Menerima Prototaip Peronda MPV Camry Interceptor 2.4

PDRM Menerima Prototaip Peronda MPV Camry Interceptor 2.4

Bukit Aman  - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM.

Berlangsung di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 2 564x375 PDRM Menerima Prototaip Peronda MPV Camry Interceptor 2.4Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.

Turut hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato’ Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb.

Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 3 564x375 PDRM Menerima Prototaip Peronda MPV Camry Interceptor 2.4

Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato’ Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM. -rmp.gov.my-

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Permotoran)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*