Perodua Myvi Baru 1.5cc – Myvi EXTREME

Perodua Myvi Baru 1.5cc – Myvi EXTREME

Salah seorang pembaca dari blog automotif terkenal PaulTan.org telah menyumbang gambar-gambar terbaru untuk Perodua Myvi baru dengan enjin yang kapasitinya 1500cc.1 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Walaupun sebelum ini telah diwarwarkan MyVi SE kuning bakal dilancarkan, (dengan gambar spyshot yang sungguh disamarkan) namun kali ini kita disajikan dengan gambar yang tiada samaran iaitu sebuah kereta yang dapat dilihat sepenuhnya!

Cogankata MyVi terbaru sekarang ialah ‘Lagi Best’, namun bagi MyVi 1500cc ini taglinenya pula ialah ‘Lagi Power, Lagi Best’ bersesuaian dengan kapasiti enjinnya yang terbaru yang membekalkan lebih kuasa jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil dan ringan.2 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Dari gambar-gambar yang disumbangkan, dapat dilihat bahawa MyVi kali ini mungkin dikenali sebagai Perodua Myvi EXTREME 1.5 berdasarkan lambang di bahagian belakang MyVi tersebut.  Spoiler di bahagian belakang MyVi ini agak sporty dan sesuai untuk golongan muda yang ingin kelihatan ranggi dan bergaya.

Kita dapat lihat bahawa keseluruhan gambar MyVi EXTREME 1.5 ini diambil di kawasan pelabuhan,  mungkin untuk penghantaran bagi kawasan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak) ataupun ke Langkawi. Ini adalah untuk membolehkan kawasan-kawasan yang dinyatakan mempunyai model MyVi EXTREME 1.5 ketika pelancaran rasmi nanti.6 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Di bahagian bumper belakang turut direka mengikut model MyVi sekarang iaitu mempunyai lubang di bahagian bawah reflector (seperti gambar) dimana bertujuan untuk mengurangkan daya geseran angin (wind drag) lantas menambah nilai aerodinamik kereta tersebut.3 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Namun begitu, MyVi EXTREME 1.5 kali ini tidak terhad kepada warna kuning sahaja, kita dapat lihat dalam gambar bahawa Perodua turut menawarkan warna hitam. Kedua-dua model tersebut mempunyai grille depan yang berwarna kelabu, serta lips di bahagian bumper depan juga kelabu, membuatkan bersesuaian dengan warna rim. Ini merupakan satu kemajuan bagi Perodua untuk menghasilkan sebuah model yang lebih sporty dan ranggi.5 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Bagi bahagian dalam pula, kita dapat lihat bahawa hampir keseluruhan bahagian dalam MyVi EXTREME 1.5 adalah menyerupai MyVi ELEGANCE. Bahagian head unit (radio/pemain CD/MP3) adalah sama seperti ELEGANCE yang menggunakan sistem skrin sesentuh. Kusyen tempat duduk adalah dari kulit serta stereng juga dibalut dengan kulit.

4 Perodua Myvi Baru 1.5cc   Myvi EXTREME

Tambahan terbaru bagi model ini ialah sistem kawalan audio berada di bahagian kiri stereng tersebut. Segala panel instrumen berwarna hitam, dengan bahagian bingkai meter berwarna silver, serta bahagian pintu turut dimuatkan dengan kemasan carbon-fibre. Tombol gear automatik adalah sama seperti ELEGANCE iaitu di bahagian atas (dashboard).

Sebagai kesimpulan, berita yang disampaikan ini boleh menafsirkan bahawa pelancaran rasmi Perodua Myvi EXTREME 1.5 ini adalah dalam masa yang terdekat. Bersama-sama kita nantikan, dan krew s2u.my mengemaskini berita yang terbaru untuk para pembaca. Sekian.


PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

About Mat Ron

Simple, Selambe, and Sempoi. Sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook -=Lagenda Kancil Oren=-

More in this category (Permotoran)

Subscribe to Comments RSS Feed in this post

One Response

  1. enjin, interior, aerodynamic mmg best.
    1 ja yg x.
    panjang n labar body diorg kecikkan drpd myvi asal.

    apa pendapat pengarang???

    TQ.

    • terima kasih coupe kerana bertanya..
      pertama sekali, memang kita dapat lihat pembaharuan serta penambahbaikkan dari pelbagai aspek oleh Perodua.. namun harus kita igt.. Perodua Myvi dapat kita klasifikasikan sebagai kereta kompak.

      Jika dibandingkan model Myvi terdahulu dengan sesaran enjin 1300cc, kuasa yang dihasilkan jika dibandingkan dengan berat kereta (power to weight ratio) adalah agak besar. Kereta Myvi mampu meluncur sehingga 170km/j!!

      Jika kotak gear asal dikekalkan (mustahil@rugi), kelajuan yang dihasilkan tetap sama mengikut RPM jika nisbah gear sama.
      Akan tetapi, jika aerodinamik kereta ini lebih baik (kurang rintangan) kereta baru ini boleh mencapai kelajuan maksima yang lebih.
      Jika kotak gear baru dihasilkan bermakna lagi laju dari 170km/j tu!!

      Apa yang nak ditekankan disini, Perodua sepatutnya mengenakan sistem keselamatan seperti negara Jepun, di mana kereta kompak (kancil mira) dikenakan potongan kelajuan (speed cut) pada 140km/j manakala bagi kereta yang agak besar seperti Evo/Skyline kelajuan maksima adalah 180km/j.

      Dari segi kosmetik, mungkin tidak berapa kena pada mata saya, saya lebih 'prefer' rekabentuk yang lama.
      Dari segi lain pula (performance) mungkin agak bagus, tetapi ciri2 keselamatan harus dipertekankan contohnya sistem suspensi yang bagus untuk kawalan kereta yang lebih mantap.

      Bagi pendapat peribadi saya, adalah tidak sesuai kerana mengurangkan lebar dan panjang asal kerana apabila ini dilakukan, keluasan dalam kereta tersebut menjadi sempit.
      Jika dikatakan saiz dalam adalah sama, adakah ini bermaksud badan kereta lebih nipis membuatkannya lebih bahaya jika kemalangan?

      Apa-apa pun, yang penting ialah keselamatan, pandulah dengan cermat serta sopan santun (semakin hari semakin banyak pembuli jalan raya di Malaysia)

      *hanya pandangan peribadi saya. sekian.

Page 1 of 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*