China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

China memang tidak asing lagi dengan rekod rekod mereka yang menggemparkan dunia. Kali ini, negara China telah menggunakan teknologi mereka yang kian canggih untuk meningkat produktiviti dalam masa yang singkat dengan membina sebuah banggunan 15 tingkat hanya dalam masa 6 hari sahaja.

Bangunan 15 tingkat yang dibina dalam masa 6 hari ini merupakan sebuah hotel, Ark Hotel.  Masa pembinaan yang di ambil selama 48jam atau 2 hari dengan hari 4 tambahan untuk melengkapkanseluruh bangunan secara keseluruhan untuk jumlah masa 6 hari! Pekerja hanya akan berehat pada jam 10 malam selepas seharian bekerja.

46 jam diperlukan sebagai masa untuk menamatkan komponen struktur  utama manakala masa tambahan 90 jam lagi untuk menamatkan keseluruhan bangunan.   Bagi bangunan sebesar ini pendekatan konvensional yang lain akan mengambil masa 3 bulan.

s2u3 China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

Berikut merupakan video pembinaan bangunan ini yang meggunakan konsep time-lapse:

s2u4 China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

s2u5 China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

s2u6 China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

Khabarnya, Hotel Ark yang terletak di Changsa,China ini merupakan bangunan yang mempunyai Rintangan Gempa Bumi Tahap 9. Hotel Ark mempunyai struktur pepenjuru perembatan, ringan, pembinaan  keluli yang telah melepasi ujian rintangan gempa bumi tahap 9. Antara pencirian istimewa Hotel Ark yang lain ialah:

1) Menggunakan kurang 6x ganda bahan binaan: Berbanding bangunan yang mempunyai saiz yang sama dengannya Hotel Ark adalah lebih ringan. Walaupun bahan-bahan binaannya adalah lebih ringan (250kg/m2)  daripada bahan bahan tradisional (lebih 1500kg/m2), lantai dan dinding bangunan ini di dapati ‘solid’ dan kukuh dengan ciri ciri kedap udara dan kalis bunyi.

2) 5x ganda tahap peka tenaga: Mempunyai 150mm penebat haba untuk dinding dan bumbung, 3x ganda

plastik tingkap kaca berlapis, teduhan solar luaran, penebat haba, sistem pemulihan udara segar dan haba, lampu LED, dan tenaga penggunaan aircond dalam masa 1tahun yang bersamaan dengan 7 liter minyak.

3) 20x ganda kesegaran: Selepas menjalanai 3 tahap penulenan, kecekapan penulenan bagi udara segar di dapati mencapai tahap 95% -99.9%. Udara akan bertukar-tukar 1-2.5 kali setiap jam, dan udara dalaman adalah 20x ganda lebih bersih  daripada udara di luar.

4) 1% Sisa Pembinaan: Semua komponen adalah diperbuat di kilang yang menggunakan sisa buangan bahan binaan. Setiap komponen telah di pasang siap mengikut bahagian tertentu. Dan berat setiap bahagian yang dipasang itu adalah 1%  daripada berat keseluruhan.

s2u7 China: Bina Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari! [+Video]

Ini adalah bangunan pertama dalam sejarah manusia yang menggabungkan hampir semua elemen yang mesra alam sekitar, selesa dan selamat. Dang China telah melabelkan bangunan ini sebagai ‘Sustainable Building‘.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

About devotedlily

Perempuan yang sangat sukakan kecantikan. So, plz dont hate me coz im beautiful! Visit me here... Blog Comel! & Facebook.. Drop by some words =)

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*