PERODUA Rancang Jual Kereta Terpakai

PERODUA Rancang Jual Kereta Terpakai

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang untuk menceburi perniagaan kereta terpakai sebagai satu cara untuk meningkatkan jualan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata menerusi harian Metro , Perodua sedang menjalankan kajian kemungkinan mengenai perkara itu dan dijangka siap dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan akan datang.

“Perniagaan kereta terpakai memudahkan mereka yang mungkin mahu menukar beli kereta mereka untuk membeli yang baru. Kami sedang melakukan kajian menyeluruh terhadap segala kemungkinan terhadap perniagaan ini,” katanya.

“Kami akan bermula dari kecil, setiap satu di utara, selatan, timur dan barat negara serta Sabah dan Sarawak. Kami akan bermula di bandar besar serta mempunyai kedai perintis untuk mempertimbang permintaan.

“Kami akan mengembangkan perniagaan apabila melihat ada permintaan dan peluang untuk berjaya,”

“Perkhidmatan lepas jualan boleh menjadi peluang pada masa sukar ini dan kami akan cuba untuk memberi tumpuan terhadapnya,” katanya lagi.

“Tahun ini, kita terjejas oleh tsunami di Jepun pada April, Mei dan Jun tetapi pemulihan bermula pada Julai. Momentum masih ada dengan pelancaran Myvi baru tetapi tahun depan akan mencabar,” katanya.

Aminar berkata, Perodua merancang untuk menubuhkan cawangan perniagaan kereta terpakai sendiri. Syarikat turut memberi tumpuan kepada perkhidmatan selepas jualan dalam keadaan ekonomi semasa.

Aminar berkata terdapat beberapa petanda bahawa tahun hadapan adalah tahun yang mencabar bagi semua orang disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global. [Hmetro, 6.10.11]

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Permotoran)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*