INDIA – Siapa sangka seorang kerani yang hanya bergaji AS$130 (RM399) menjadi peserta yang pertama memenangi hadiah AS$1 dalam rancangan popular dunia Who Wants to Be a Millionaire versi India.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan Sushil Kumar ini dikatakan mirip plot dalam cerita Slumdog Millionaire. Jika anda belum saksikan filem ini, anda patut menonton kerana memang menarik jalan ceritanya.
Filem ini pernah memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.
![sushil kumar sushil kumar 564x279 Slumdog Millionaire Realiti Seorang Kerani Menang AS$1 juta di India [+Video]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/sushil-kumar-564x279.jpg)
“Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini,” kata Bachchan.
Rakaman program ini belum lagi ditayangkan dan bakal menemui penoton di India pada minggu hadapan (2 November 2011).
Sushil Kumar memberitahu kepada media dia hanya menonton racangan itu menerusi televisyen di rumah jiran kerana gajinya tidak mampu untuk membeli peti televisyen.
Dengan memenangi wang kira-kira RM 3 Juta itu dia mahu menggunakan wang tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Sebahagian pula akan digunakan untuk membeli rumah dan membayar hutang.
