Home » Variasi » Tahukah Anda? » Tips Untuk Lelaki: Cara Mengira Tarikh Subur Wanita!
Tips Untuk Lelaki: Cara Mengira Tarikh Subur Wanita!

Tips Untuk Lelaki: Cara Mengira Tarikh Subur Wanita!

Haid dan tarikh subur sangat berkait rapat dengan kehamilan. Penting untuk mereka yang dah berkeluarga untuk mahir mengira tarikh subur si isteri untuk menjamin kehamilan berlaku ataupun untuk mencegah kehamilan.

Sedikit maklumat untuk lelaki di luar sana berkaitan dengan hal-hal wanita. Jika bercakap pasal haid,period ataupun ‘datang bulan’. Kebanyakan lelaki mungkin ramai yang tidak tahu dan ada juga yang langsung tak nak ambil tahu apa sebenarnya datang bulan ni. Di sini ada sedikit penerangan yang mudah tentang maklumat ini supaya orang lelaki dapat memahami akan fitrah orang perempuan ini.

Apa Itu Haid?

  • Haid ataupun ‘period’ adalah pendarahan bulanan seorang wanita.Tiap-tiap bulan, badan kaum perempuan ini bersiap sedia untuk menerima benih lelaki dan hamil.
  •  Jika kehamilan tidak berlaku, haid akan mula turun dari uterus. Haid ini adalah sebahagiannya terdiri dari darah dan sebahagian adalah tisu dari dalam rahim.
  •  Ia dialirkan keluar dari badan melalui faraj. Tempoh biasanyabermula di sekitar umur 12 tahun dan berterusan sehingga menopaus, iaitu pada kira-kira 51 umur.

Kaum perempuan yang sudah dewasa mempunyai kitaran haid lebih kurang 28 hari. Ada juga kitaran haid mereka pendek iaitu hingga 24 hari dan ada yang juga terlebih sampai 30 hari. Itu adalah perkiraan asas untuk mengira waktu haid. Jika salah mengira tarikh subur si isteri, kemungkinan untuk kehamilan tidak berlaku adalah besar.
signs of getting pregnant goodpregnancyguide Tips Untuk Lelaki: Cara Mengira Tarikh Subur Wanita!

Contoh:
Siti datang bulan pada 8 March dan tarikh haid seterusnya adalah pada 2 April, maka kitaran haid Siti pada waktu itu adalah 25 hari.
menstruation cycle Tips Untuk Lelaki: Cara Mengira Tarikh Subur Wanita!

  •  Waktu turunnya darah haid ini boleh berlarutan daripada 3 hingga ke 7 hari. Waktu inilah yang selalu dimaksudkan dengan ‘bendera jepun’.
  • Waktu yang paling subur untuk mendapat kehamilan adalah pada hari yang ke 11 hingga hari ke 15 selepas hari pertama mula-mula turunnya darah haid ini.
  • Selepas hari ke 15 ini jika berlakunya persetubuhan, berkemungkinan proses hamil tidak akan berlaku kerana waktu subur dah tamat. Waktu ini sesuai bagi yang nak merancang keluarga.

Dengan sedikit penerangan di selangor2u.com, di harapkan dapat membantu bakal bakal pengantin baru ataupun yang sudah lama berkahwin untuk merancang kehamilan.

One comment

  1. Terima kasih utk info nie, tgk dok cari2 gak. My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top