VIETNAM – Asia One melaporkan pada awal Oktober lalu seorang wanita muda dari Vietnam berusia 26 tahun berubah wajah seolah-olah seperti berusia 70-an.
Kisah menyedihkan ini bermula pada tahun 2008 apabila Nguyen Thi Phuong mengalami alahan(alergik) selepas makan makanan laut. Susulan dari alahan yang dialami dia mengambil pelbagai jenis ubatan untuk menyembuhkan alahan yang dialami.
Namun, tiada sebarang perkara positif berlaku. Kesan dari ubat-ubatan yang diambil menyebabkan kulitnya makin mengedur dari hari ke hari dan inilah kesanya selepas 3 tahun.
Dia kelihatan seperti seorang nenek tua, realitinnya dia hanya berusia 26 tahun.
![wanita muda jadi tua 2 wanita muda jadi tua 1 Wanita Muda Berubah Wajah Menjadi Tua [+Video]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/wanita-muda-jadi-tua-1.jpg)
Berubah Menjadi Tua dalam Sekelip Mata
Selain disebabkan oleh ubatan, kesan alahan itu juga membuatkan mukanya gatal-gatal membuatkan dia menggaru mukanya walaupun sedang tidur.
Pelbagai jenis ubatan dan rawatan yang dilakukan namun semuanya tidak berhasil. Suaminya juga berhenti bekerja untuk menjaganya.
Kos untuk membeli ubatan membuatkan mereka kehabisan wang dan Nguyen Thi Phuong mula berputus asa dan redha sebagai ketentuan Tuhan kepada dirinya.
Para doktor juga tidak dapat memberi kepastian akan punca utama penuaan yang begitu cepat berlaku kepada Nguyen Thi Phuong.
Namun, doktor mengesahkan dia hanya kelihatan tua dari segi luaran tetapi organ dalaman masih berfungsi dengan baik seperti mana orang muda.
![wanita muda jadi tua 3 wanita muda jadi tua 3 Wanita Muda Berubah Wajah Menjadi Tua [+Video]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/wanita-muda-jadi-tua-3.jpg)
Suami yang Setia Menjaga
![wanita muda jadi tua 4 wanita muda jadi tua 4 Wanita Muda Berubah Wajah Menjadi Tua [+Video]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/wanita-muda-jadi-tua-4.jpg)
Menatap Kecantikannya Beberapa Tahun Lalu
Bersimpati dengan nasib wanita muda ini namun iktibar yang dapat kita ambil. Kecantikan itu Bukan Hak Milik Wanita. Segalanya Hak Milik Maha Pencipta.
![wanita muda jadi tua 2 wanita muda jadi tua 2 Wanita Muda Berubah Wajah Menjadi Tua [+Video]](http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/wanita-muda-jadi-tua-2.jpg)
