Home » Isu Cinta » Tip Untuk Komunikasi Berkesan Dalam Perkahwinan
Tip Untuk Komunikasi Berkesan Dalam Perkahwinan

Tip Untuk Komunikasi Berkesan Dalam Perkahwinan

Komunikasi dalam perkahwinan adalah sesuatu yang penting untuk pasangan suami isteri tidak kira yang baru atau yang telah lama berkahwin. Komunikasi dalam perkahwinan yang dimaksudkan adalah bagaimana untuk berkomunikasi apabila menghadapi situasi sulit atau permasalahan.

Tanpa ada komunikasi yang berkesan dalam sesebuah perkahwinan, pasangan akan saling memendam rasa yang lama kelamaan boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri yang akhirnya akan menggugat kebahagiaan rumah tangga anda.

Tip Komunikasi dalam Perkahwinan

1. Tiada Pemenang dalam Berdebat

Apabila anda berdua berdebat mengenai sesuatu, anda perlu tahu yang tidak ada pemenang di antara anda berdua. Apa yang perlu fokus  adalah mencari jalan penyelesaian bukanya mencari siapa betul atau siapa yang salah.

2. Bekerjasama dengan Pasangan

Sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pasangan anda. Jangan biasakan diri bertindak seorang diri atau membiarkan pasangan anda bertindak seorang diri. Dalam masyarakat hari ini mungkin kita mudah untuk mengambil contoh, seorang suami hanya menumpu untuk mencari rezeki dan bebanan untuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga diserahkan semuanya kepada isteri.

3. Keterbukaan dalam Membincangkan Isu Sensitif

Jangan terlalu serius,malu atau takut dalam berbicara mengenai isu yang sensitif. Buka minda anda dan berfikir dengan positif. Isu sensitif bukan sahaja berkaitan dengan masalah hubungan kelamin pasangan tetapi dalam isu kekeluargaan terdapat juga isu sensitif. Contoh mudah yang boleh diambil adalah masalah dalam hubungan dengan ibubapa pasangan (mertua).

4. Perhatian Kepada Pasangan

Sentiasa tumpukan perhatian kepada apa yang pasangan anda bicarakan. Pada kebiasaannya para suami banyak memandang enteng kepada sesetengah permasalahan namun ia mungkin sebaliknya dalam pemikiran kaum ibu. Begitu juga kepada isteri, suami pada kebiasaanya tampak seperti tiada masalah tetapi mungkin banyak perkara yang dipendam. Sentiasa berkomunikasi dan beri perhatian ketika berkomunikasi terutamanya jika melibatkan permasalahan. Apabila anda tumpukan perhatian, anda tidak akan salah faham.

5. Tenang dan Bersabar

Henti berbicara jika anda dapat lihat pasangan anda terlalu serius atau dalam keadaan sangat marah. Berikan dia untuk tenangkan perasaan dia dan kembali berkomunikasi apabila keadaan makin tenang.

6. Jaga Tutur Kata

Jaga bahasa mulut dan bahasa badan anda kerana sebarang respon negatif hanya akan memudaratkan lagi keadaan. Bertengkar suami isteri dengan bahasa kesat dan tinggi suara hanya akan menghilangkan kepercayaan anda kepada pasangan.

7. Fokus Kepada Isu

Apabila berbincangan mengenai permasalahan, pastikan sentiasa fokus pada isu sebenar. Pastikan anda mempunyai jalan penyelesaian. Berbincangan juga tidak perlu dalam keadaan yang sangat serius.

8. Jujur dan Berterus Terang

Sentiasa jujur dan berterus terang. Jangan biarkan jiwa anda tersiksa kerana cuba menahan apa yang anda ingin sampaikan dan sentiasa berdolak-dalik dalam menutup sesuatu masalah.

9. Pengakhiran yang Positif

Setiap kali perbincangan adalah baik jika sentiasa diakhiri dengan aura positif. Paling tidak ia akan mengurangkan kekusutan dalam diri.

11. Kerap Berkomunikasi

Suami isteri perlu kerap berkomunikasi walaupun tidak mempunyai sebarangan masalah. Mungkin sesetengah pasangan yang bekerja pada waktu yang berlainan akan mengalami masalah kurang komunikasi tetapi dengan teknologi pada hari adalah mustahil jika tidak mampu untuk menelefon 5-10 minit setiap hari. Sentiasa berkomunikasi walaupun sebentar.

12. Keputusan Bersama

Adalah tidak bagus jika suami sentiasa menggunakan kuasa VETO dalam membuat sesuatu keputusan. Lagi tidak bagus jika si isteri yang mempunyai kuasa VETO dalam sesebuah rumah tangga. Setiap keputusan perlulah dibincang dan dibuat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top