Facebook Bakal Keluarkan Telefon Pintar

Facebook Bakal Keluarkan Telefon Pintar

Facebook dengan kerjasama HTC bakal mengeluarkan telefon pintar menurut laporan The Wall Street Journal. Dalam usaha mereka mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam laman sosial yang kini diberi saingan hebat oleh Google (Google Plus), mengeluarkan telefon pintar bersama dengan aplikasi facebook didalamnya adalah antara langkah yang baik untuk facebook.

Hal ini telah dilakukan oleh google dengan mengeluarkan Google Android (Nexus) juga hasil kerjasama dengan HTC.

Penglibatan google dan kini facebook dalam dunia telekomunikasi tidak nampak untuk mencari keuntungan besar dalam cabang ini tetapi lebih kepada promosi perniagaan masing-masing yang sedia ada.

Projek telefon pintar Facebook ini dikatakan telahpun mempunyai nama kod iaitu “Buffy”. Jadi kemungkinan nama telefon mereka berkisar dengan nama “Buffy” tersebut.

Facebook hanya bakal mengeluarkan telefon pintar mereka yang pertama dalam 12-18 bulan dari sekarang.

Namun, menurut portal technewsworld, pihak facebook tidak memberi sebarang maklum balas kepada mereka untuk mendapatkan pengesahan secara rasmi dari pihak facebook.

Sebelum ini HTC telahpun mengeluarkan ‘telefon facebook’ [HTC Status] dimana mempunyai fungsi kepada laman sosial itu. Namun, tidak  mendapat sambutan pengguna secara keseluruhanya.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Internet & Teknologi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*