Lelaki Israel Tukar Nama Kepada Mark Zukerberg [+Video]

Lelaki Israel Tukar Nama Kepada Mark Zukerberg [+Video]

Seorang usahawan internet Israel telah menukar nama asalnya Rotem Guez kepada nama pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg.

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.

Video Ketika Guez Melakukan Proses Penukaran Nama

Motif penukaran nama yang dilakukan oleh Guez adalah untuk melakukan sesuatu yang menjengkelkan kepada pemilik Facebook, Mark Zukerberg. Namun motif utama Guez sebenarnya mahu mengelak mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

Isu ini timbul apabila pada 29 Januari 2011, Guez telah mengemukan saman kepada Facebook Inc kerana facebook telah menutup akaun peribadinya dan juga akaun perniagaannya.

Penutupan akaun Guez adalah kerana dia telah melanggar terma syarat Facebook kerana menjual perkhidmatan “Like” kepada Fan Page dimana dalam terma syarat hanya facebook boleh menawarkan perkhidmatan seumpama itu.

Pada 1 September 2011, Facebook memberi amaran untuk  menyaman Guez kerana melanggar terma syarat Facebook tersebut. Ugutan saman itu juga mengarahkan Guez menutup perkhidmatan yang melanggar terma syarat Facebook itu.

Walaupun masih ramai usahawan internet lain melakukan perkhidmatan sama seperti Guez lakukan, tetapi tidak dilakukan secara terbuka sepertimana yang dilakukan oleh Guez.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*