Poligami biasanya hanya untuk lelaki namun situasi ini terbalik apabila seorang wanita di Amerika mempunyai 2 orang suami dan mereka tinggal dalam satu rumah. Jaiya Ma,34 dan Jon Hanauer,49(paling kanan dalam gambar) mula kenal pada tahun 2000 dan mereka telah tinggal selama 6 tahun bersama sebelum Jon meminta Jaiya mencari teman lelaki baru.
Mereka sebenarnya mengamalkan prinsip hubungan terbuka dimana mereka tidak kisah jika pasangan mereka minat kepada lelaki/wanita lain.
Dipendekkan cerita Jaiya Ma pernah berhubungan dengan beberapa lelaki sebelum dia berkenalan dengan Ian Ferguson,44(paling kiri dalam gambar) ketika di kelas tarian.
Hubungan Jaiya dan Ian memberikan mereka zuriat setelah setahun bersama. Sebelum itu Jaiya pernah berbincang dengan Jon untuk menimang cahaya mata namun Jon menolak kerana belum bersedia.
Ketika Jaiya mengalami alahan ketika mengandung Jon menjaganya. Malah ketiga-tiga mereka menghadirkan diri ke kelas persediaan menghadapi saat bersalin dirumah.
Selepas kelahiran anak tersebut mereka memutuskan untuk hidup serumah.
Jaiya Ma merupakan Perunding Seks di Amerika dan telah menulis beberapa buku berkaitan dengan hubungan. Namun, apa yang dilakukan oleh Jaiya Ma hanya meruntuhkan moral kehidupan manusia normal dan diluar batas, bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
INFO
Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.
