Home » Permotoran » Jualan Proton Merosot dan Syarat Pinjaman Kereta BNM
Jualan Proton Merosot dan Syarat Pinjaman Kereta BNM

Jualan Proton Merosot dan Syarat Pinjaman Kereta BNM

Kerisauan pihak Proton mengenai kemerosotan jualan kereta mereka jelas ketara apabila pihak Proton memutuskan untuk membuat pertemuan dengan pihak BNM untuk membincangan mengenai syarat pinjaman kereta yang diperketatkan itu.

Garis panduan baru ini telah dikuatkuasakan oleh BNM bermula 1 Januari tahun ini. Langkah yang dilakukan oleh BNM ini bertujuan mendidik orang ramai untuk membeli kereta mengikut kemampuan kewangan bukan mengikut keinginan hati.

Sebelum garis panduan baru oleh BNM ini dilakukan, 50% permohonan pinjaman diluluskan manakala tahun ini merosot kepada 30%.

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab oleh BNM

  1. Untuk mendapatkan kereta Proton baru, pendapatan bersih mestilah minumum RM800 sebulan.
  2. Untuk graduan baru bekerja,penjamin perlulah bergaji melebihi RM2000 sebulan.
  3. Tempoh pembiayaan adalah 9 tahun berbanding 11 tahun sebelum ini.

Sebenarnya ini adalah tindakan bagus oleh BNM terutamanya untuk graduan yang baru bekerja. Ramai graduan yang baru bekerja tidak sabar-sabar untuk memiliki kereta idaman tanpa memikirkan masa depan seperti kos untuk berkahwin dan memiliki rumah.

Terdapat 4 keberangkalian tanggungan hutang individu apabila mencapa umur 30 tahun dan keatas:

  1. Hutang kereta
  2. Hutang pinjaman peribadi (Biasa digunakan untuk perbelanjaan kahwin)
  3. Hutang rumah
  4. Hutang PTPTN

4 aspek ini nampak seperti hutang yang wajib yang perlu ditanggung oleh individu secara umumnya. Perkara yang kita perlu tahu juga adalah kereta bukan satu ASET tetapi satu Liabiliti yang menjadi keperluan untuk digunakan seharian.

Untuk memiliki kereta, ramai menyarankan untuk hanya menggunakan 15%-20% gaji bersih bagi bayaran bulanan. Jika gaji bersih RM2000 sebulan maka anda mampu untuk memiliki kereta dengan bayaran bulanan RM400 (diambil kira 20% dari gaji bersih).

Jika dengan bayaran ini tidak mampu untuk memiliki kereta baru maka kereta terpakai adalah langkah terbaik.

Penjual Kereta Lebih Kecoh dari Pembeli Kereta

Dalam isu ini sebenarnya pengeluar kereta lebih risau berbanding pembeli/pengguna. Ini kerana jika pinjaman untuk membeli kereta baru tidak diluluskan pengguna masih mempunyai pilihan lain dengan mendapatkan kereta terpakai tetapi hal ini merugikan penjual kereta.

Kemerosotan jualan akan berlaku dan keuntungan mereka terjejas. Maka dalam akhbar-akhbar mereka seperti memomokan akan berlakunya pertambahan institusi pinjaman wang haram kerana pengguna akan mencari alternatif lain selain bank untuk mendapatkan wang.

Amrin berkata, garis panduan baru yang lebih ketat itu juga akan memberi laluan kepada kewujudan along atau ceti haram yang lebih ramai, selain pada masa sama turut menggalakkan wujudnya kumpulan pekerja yang tidak produktif di Malaysia.

Produktiviti kerja antara lain wujud kerana adanya komitmen bulanan bagi seseorang itu membayar balik pinjaman seperti perumahan dan kenderaan. 

“Jadi, seseorang itu akan bekerja keras selain berusaha dinaikkan pangkat bagi mengukuhkan jumlah gaji bulanannya yang mana ia seterusnya akan meningkatkan produktiviti keseluruhan,”-Bharian-

Alasan mungkin ada benarnya kepada sejumlah kecil pengguna tetapi tidak begitu wajar untuk digunapakai secara menyeluruh. Dengan mengalami masalah kewangan tekanan hidup akan meningkat maka tidak mustahil akan timbul mencari duit lebih dengan cara mudah(haram).

50% Penjawat Awam Muflis Kerana Hutang Kereta

Adakah pihak Proton dan pengeluar kereta di Malaysia yang lain tidak risau dengan masalah ini? Ini bukan berita rekaan s2u tetapi kenyataan akhbar KOSMO pada 2011.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,”

Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).-KOSMO-

Peserta Automotif Buat Pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM)

Peserta industri automotif akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah yang timbul akibat garis panduan pinjaman baharu yang didakwa agak ‘ketat’ sehingga menjejaskan industri berkenaan sejak awal tahun ini.

Pihak pengeluar kereta terutamanya Proton banyak mengeluarkan kenyataan kesan kepada negara jika kemerosotan jualan kereta berterusan. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan tetapi adakah pihak Proton ada untuk mengkaji semula harga kereta mereka di pasaran Malaysia?

Umum juga mengetahui mengenai gosip-gosip yang kereta keluaran Proton dijual pada kadar harga yang lebih murah diluar negara jika dibandingkan harga jualan di Malaysia.

Sama-sama kita tunggu apa keputusan perbincangan mereka dengan BNM nanti.

Adakah anda bersetuju langkah yang diambil oleh BNM?

11 comments

  1. Attn:
    Mrs JANE Peters saat ini menawarkan Swasta, Komersial, perusahaan dan
    Pinjaman Pribadi dengan Tingkat Bunga sangat Minimal sebagai Low sebagai 3% dalam 1
    tahun sampai 30 tahun pembayaran periode durasi untuk setiap bagian dari dunia. kami
    memberikan pinjaman dalam kisaran minimal $ 2.000 sampai maksimum
    $ 500.000.000 USD. Pinjaman kami juga diasuransikan untuk keamanan maksimum adalah kami
    prioritas.

    Juga Anda diminta untuk mengisi formulir permohonan pinjaman di bawah ini jika Anda
    tertarik untuk mendapatkan pinjaman dari kami.

    {PEMINJAM’S DATA INFORMASI}
    Jumlah Pinjaman Dibutuhkan:
    Jangka waktu pinjaman:
    Tujuan Dari Pinjaman:
    Nama lengkap:
    Negara:
    Valid Nomor Telepon Seluler:
    alamat:
    Pekerjaan:
    Penghasilan Bulanan:
    Jenis Kelamin: Laki Atau Perempuan:

    Kami Tunggu Mail soonest Anda Jika Tertarik.
    Salam hangat,
    MRS JANE Peters.

  2. Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Kami menawarkan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, pinjaman komersial, mobil, kredit, pinjaman, rumah dan perusahaan-perusahaan ini menawarkan pinjaman pada tingkat bunga yang sangat rendah dari 2%, jadi jika Anda kami tertarik pada pinjaman, gmail ini dengan barryroland82 @ kembali . com

    Di bawah ini adalah bentuk aplikasi untuk pinjaman dan punggung.

    Aplikasi Pinjaman Form:

    nama:
    kondisi:
    Umur:
    Jenis Kelamin:
    negara:
    durasi:
    Jumlah Pinjaman:
    Tujuan dari pinjaman

    Perusahaan menunggu surat Anda,

    salam
    Mr roland

  3. Anda perlu uang untuk memulai bisnis Anda sendiri
    silahkan hubungi kami karena kami memberikan kredit kepada perusahaan-perusahaan swasta
    dan perusahaan dalam cara yang jelas dan dimengerti
    syarat dan kondisi. Hubungi kami dengan email ini macklawsonloanfirm.com
    Jumlah pinjaman yang dibutuhkan:
    Tujuan Pinjaman:
    seks:
    lamanya
    nama:
    ADDRESS:
    PHONE:
    Status:
    AGE:
    posisi:
    PENGHASILAN Bulanan v:
    COUNTRY:
    Email macklawsonloanfirm.com

  4. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak? Jika ya hubungi kami di (excelservices.managementonline@gmail.com) untuk informasi lebih lanjut .

    Nama :
    jumlah :
    durasi :
    Pin Telepon :
    negara :

    menawarkan pinjaman

  5. Setuju sesangat..yg penjawat awam ni la punca dan penyebab bank negara terpaksa ketatkan syarat sbab depa ni kalu buat loan mmg tak hengat donia! loan pulak boleh smpai 20- 30 tahun kejadah ape..apa dalil kuat fakta aku ni?? hellooo..sebelum ni pun kami ni kerja swasta mmg susah nak buat loan kereta atau personal..so dah terang2 bukan sektor swasta yg buat hal! Sy just nak share pengalaman sy yg agak kelakar dgn semua bank di Malaysia ni,
    Ok, terus terang gaji basic aku RM3,+++. Masa habis belajar dulu mula2 nak buat loan keta bank reject mentah2 sebab alasannya:
    1. Masih muda utk memiliki kereta (padahal aku amik civic 2005 RM 60k je)
    2. Tak layak sebab cik tak pernah ada hutang dgn bank so kami tak tahu payment history cik (ni aku cita kat opah aku mengguling2 dia gelak)
    3. Cik umur baru 27 sepatutnya kena mulakan dgn keta nasional spti wira, waja atau persona.

    Semua di atas datang dari bank kaler “merah + putih + sotong”

    Ok, nak di jadikan cite loan aku lepas jugak masa tu 2011..dan sekrg ni dah setahun aku pakai Civic tu pusing satu donia dah..payment mmg before due date la..
    So skrg ni sy nak kawin (gatal) so commitment tu dah lain..sy pun jual la Civic sy ni dgn CASH tau..CASH!!!
    Pada suatu hari..sy pun pi la survey persona elegance harga RM38k..nak tau apa pulak jawapan badut2 tu merejectkan loan sy ni?
    1. Cik betul ke ni dari pakai HONDA nak tukar pakai PERSONA? Tak logik..(wei, duit tu duit aku suka hati aku la nak pakai keta kebal pun..)
    2. Cik tak layak sebab RM38k tak berpadanan dgn gaji cik, nanti dah kawin tanggungan isteri, anak, bil api, bil air dan lain2 barangan makin naik. (kalau macam tu bini aku period, pesal ko tak kira sekali pampers wanita tu bulan2 berapa tolak gaji)
    3. Dah masuk 13x dari bulan August sampai la hari ni loan aku nak beli Persona cabuk di reject. ni la kisah paling kelakar selama aku penah hidup dan merantau negara org pun tak mcm ni…

  6. saya dah buat loan merata bank tapi semua tak approve kenapa lah susah sangat nak beli kereta malaysia pon saya harap bnm longgarkan lah sikit syarat2 tu saya memerlukan kereta.

  7. saya penjual kereta proton..sedih sebab susah costumer nk appove loan..huhuu

  8. klu nk ketatkn syarat pinjaman mmg bagus tp klu utk kete proton atau perodua biarlh mudahkn pinjaman. Skang nk keje pon ade company yg mintak sekurang2 yer ade kereta. Viva atau saga pon jd la.

  9. huh… saya pon pernah terjebab… tapi sekarang tidak lagi…. baik pakai kereta biasa2… akan datang bila dah mampu sukahati laaa nak pakai kereta ape pon…

  10. saya setuju..sbb ramai yg nk beli kerete tpi xmampu..cume nk menunjuk2..last2 istihar muflis oleh bank…kan malu di buatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top