Liverpool Juara Piala Carling – Liverpool 2-2 Cardiff [+Video]

Liverpool tamatkan kemarau 6 musim tanpa apa-apa kejuaraan apabila berjaya mengalahkan pasukan dari Wales, Cardiff City. Walaupun Cardiff City adalah pasukan ‘underdog’ pada perlawanan akhir ini, pasukan Cardiff tetap memberikan saingan yang sengit kepada Liverpool.

Pasukan Liverpool terpaksa bermain sehingga ke sepakan penalti sebelum berjaya menundukan pasukan Cardiff dengan 3-2.

Cardiff bermula dengan baik apabila berjaya membuka jaringan pada minit 19 sebelum M. Skrtel menyamakan kedudukan pada minit ke 60.


90 minit perlawanan terikat dengan 1-1 dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Dalam masa tambahan Liverpool berjaya berada didepan hasil jaringan D. Kuyt pada minit 108.

Namun Cardiff tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan 2 minit sebelum masa tambahan tamat.

 

Tahniah kepada pasukan Liverpool dan juga kepada peminat Liverpool di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *