Nick Vujicic, Lelaki Tanpa Kaki dan Tangan Berkahwin

Nick Vujicic, Lelaki Tanpa Kaki dan Tangan Berkahwin

Ada yang kenal dan mungkin ada yang belum dengan lelaki hebat ini yang lahir tidak dikurniakan tangan dan kaki yang sempurna. Boleh baca artikel kami yang terdahulu mengenai Nick Vujicic, lelaki tanpa kaki dan tangan.

Beliau  kini telah menjadi pakar motivasi yang terkenal dan mendirikan rumah tangga pada 10 Februari lalu pada usia 29 tahun.

Nick mula memberi ceramah motivasi pada usia 17 tahun di gereja dengan percuma untuk memotivasikan orang lain yang normal tentang kehidupan.

Pada usia kecilnya, Nick mengelami kemurungan kerana kekurangan yang ada pada dirinya namun kekurangan itu telah memotivasikan diri beliau untuk melakukan apa sahaja manusia normal lakukan.

nick Nick Vujicic, Lelaki Tanpa Kaki dan Tangan Berkahwin

Dia mampu berenang,menaip,menulis, malah juga bermain golf dan meluncur. Kehidupan sehariannya juga seperti gosok gigi dan memakai pakaian dilakukan dengan sendiri.

Dengan perkahwinan ini, satu lagi beliau telah buktikan yang beliau juga mampu untuk berkahwin dengan manusia normal.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Luar Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*