Home » Permotoran » Bugatti Grand Sport Vitesse – Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)
Bugatti Grand Sport Vitesse – Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Bugatti Grand Sport Vitesse – Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Bugatti. Gagah namanya bila disebut-sebut sebagai kereta keluaran kilang yang terpantas di dunia. Bagi Bugatti, mereka mahu mendominasi bukan sahaja kereta sport yang biasa, tetapi juga bagi kereta jenis Roadster iaitu kereta yang boleh dibuka atap bumbungnya (convertible).

Model Grand Sport

9 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Model Grand Sport Vitesse

8 500x312 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)


Kita mungkin menganggap bahawa Bugatti Veyron Grand Sport merupakan convertible keluaran yang terakhir dan terpantas yang mampu dihasilkan oleh syarikat automotif Bugatti, namun pada Autoshow Geneva 2012 Bugatti sekali lagi mendominasi kereta terpantas di dunia dengan keluaran terbarunya iaitu Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse, dimana Vitesse bermaksud kelajuan dalam bahasa Perancis.

6 500x312 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Bagi Grand Sport yang biasa, kita mengetahui bahawa kereta tersebut mampu memacu sehingga 217 batu sejam (342km/j). Setelah pelbagai penyelidikan dilakukan R&D, Bugatti telah dapat menentukan segala punca-punca yang menjadi penghalang kepada kereta tersebut dan diapplikasikan pada model Vitesse tersebut. Berbekalkan dengan empat sistem turbo yang lebih besar, Vitesse dapat menjana 1200 kuasa kuda dan 1500 Nm daya tujahan (tork) lantas memberikan kelajuan maksimum yang mampu dicapai iaitu 229 batu sejam atau 366.4 km/j (pertambahan sebanyak 24.4 km/j).3 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Bugatti memaklumkan bahawa kuasa yang dicapai ini adalah melalui meningkatkan kapasiti 4 sistem turbo yang terdapat pada enjin 8.0 liter W16 (V8 bekembar) serta banyak yang diambil dari model kereta berbumbung terpantas iaitu dari model Super Sport. Antara ciri-ciri yang diambil ialah rekaan bahagian hadapan yang mengurangkan daya rintangan angin serta sistem suspensi yang telah diberi sentuhan terbaik.

1 500x373 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Walaupun sebelum ini Grand Sport biasa telah memecahkan rekod kereta convertible terpantas dunia, namun bagi Vitesse sudah mampu untuk mengatasi kelajuan tersebut. Berbekalkan kuasa enjin yang melampaui Grand Sport, namun dengan bumbung yang terbuka, Vitesse tak dapat mengatasi Super Sport iaitu pada 268 batu sejam (428.8km/j) Jika tidak dapat untuk menyaingi kelajuan Super Sport, namun Vitesse dapat menyaingi dari segi harga jualan.7 500x378 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Model Super Sport

Bugatti masih belum mengumumkan harga sebenar Vitesse, namun bagi Grand Sport biasa sudah mula dijual dengan harga USD $2,000,000.00. Untuk Super Sport Coupe pula harganya ialah USD $3,300,000.00. Jadi kita boleh menjangkakan Grand Sport Vitesse akan dijual dengan harganya diantara kedua-dua model tersebut.

4 500x373 Bugatti Grand Sport Vitesse   Convertible Terpantas di Dunia? (AutoShow Geneva 2012)

Model Grand Sport Vitesse

 

 

 

4 comments

  1. maklumat yang salah,bugatti veyron paling slow ialah 407 km/h..

  2. ………bila agaknya bOleh naik keta ni ye…..heeeheee…….

  3. H DAENG SIGAUK

    di sini bisa bantu pramosi sebaiknya ada imbalan atau persen.

  4. rasanya keta nie mesti tak dapat dilihat kat Malaysia…betul tak…My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top