Home » Permotoran » Tempahan No Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’ dibuka pada 30 April
Tempahan No Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’ dibuka pada 30 April

Tempahan No Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’ dibuka pada 30 April

Berikutan dengan nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menghampiri kepada penghujungnya, mereka yang menanti-nanti kehadiran abjad ‘WWW’ sudah terjawab.

Lelongan bagi nombor pendaftaran ‘WWW’ ini pasti akan mendapat sambutan hangat kerana ramai yang ingin memiliki nombor pendaftaran ‘WWW’ ini kerana dikatakan style di kota metropolitan tersebut.A2 500x375 Tempahan No Pendaftaran Kenderaan WWW dibuka pada 30 April

Individu yang berhasrat untuk menempah nombor pendaftaran tersebut boleh berbuat sedemikian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula dari 30 April 8 pagi sehingga tarikh penutupnya iaitu 14 hari selepas bermulanya penempahan nombor tersebut (14 Mei 2012).

Disebabkan nombor ini merupakan nombor bagi ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur, dijangkakan bahawa siri ‘WWW’ ini bakal menjadi lelongan yang tertinggi dalam sejarah nombor pendaftaran kenderaan.

Setakat ini, nombor yang nilai lelongan tertinggi  ialah dari Melaka, iaitu MCA 1, yang dijual pada harga RM 300,100.00  pada tahun 2010 mengalahkan rekod sebelum ini iaitu TAY 1, dari Terengganu dengan jualan pada harga RM 242, 000.00.

Sudah pasti sekiranya ‘WWW’ ini dapat mengalahkan kedua-dua nombor tersebut, berita ini pasti akan menjadi muka hadapan surat khabar nasional dan juga headline bagi selangor2u.

 

A1 500x375 Tempahan No Pendaftaran Kenderaan WWW dibuka pada 30 April

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakatan nilai nombor premium iaitu nombor WWW1 sehingga WWW10 akan dibuka lelongannya bermula dengan RM 10,000.00, manakala nombor yang dianggap menarik atau apit, contohnya 88, 888, 1001, 8888, akan dibuka dengan harga minimum RM 2,000.00.
Nombor yang dianggap popular pula iaitu nombor yang dilelong pada siri sebelumnya seperti WWU,WWV dan sebagainya, contohnya mungkin seperti 1234 dan sebagainya dibuka dengan harga minimun RM 300.00. Borang penempahan boleh dimuat turun di laman sesawang JPJ.
Jadi bagi anda yang berminat, semoga dapat memiliki nombor pendaftaran yang diidamkan. Apa kata sama-sama kita share di sini nombor pendaftaran idaman anda dan berapa yang anda sanggup bayar untuk memiliki nombor tersebut?

3 comments

  1. nombor nie mmg cantik..tgu pa lg…jom angkat keta baru ya..

    My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

  2. H DAENG SIGAUK

    mobil ini bagus dari kelihatannya klu sesuai kwalitasnya lebih bagus lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top