Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca blog ini dan saya kira belum lagi terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun 2012.
Sememangnya agak terlalu lama blog ini tidak dikemaskini dengan isu/artikel terbaru dari kami. Ini kerana terdapat banyak halangan dan komitmen lain disaat ini.
Bermula pada tahun 2012, kadar artikel terbaru yang dipaparkan di laman ini semakin hari semakin berkurang sehinggalah terus terhenti pada bulan April yang lalu.
Antara perkara menarik yang saya lalui pada 2012:
1. KONVOKESYEN
Setelah sekian lama menunggu saat yang indah ini akhirnya saya berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Marin di UTM,Skudai. Satu kejayaan yang tidak terhingga kepada diri sendiri walaupun dengan pointer yang tidak seberapa

Dengan ketiadaan sambungan internet di kampung halaman menjadi titik-tolak blog ini menjadi sepi. Hanya cyber cafe menjadi tempat untuk kemaskini dan kadang-kadang rumah abang tempat menumpang kasih untuk bermain internet.
2. KERJAYA
Belum sempat ladang anggurku masak, saya terus ke Kuala Lumpur untuk bekerja sambilan di Syarikat Mekanikal&Elektrikal kecil-kecilan milik abang sendiri.

"Bercuti di Hospital Selayang selama 13 hari akibat Ulser Mata Sebelum Mula Kerja"
Sambungan internet P1 Wimax agak baik di kawasan Bandar Sri Damansara namun atas faktor kepenatan bekerja menjadi penghalang untuk terus kemaskini blog ini seperti ketika masih belajar dahulu.
Tambahkan pula, waktu melayari internet banyak dihabiskan di JOBSTREET.COM berbanding facebook. Blogging bukan lagi menjadi keutamaan apabila melayari internet.
Berjaya menghadiri beberapa siri temuduga di Kuala Lumpur kemudiannya terus pulang ke Terengganu untuk mencuba nasib mencari pekerjaan di kampung halaman sendiri. Alhamdullilah, setelah beberapa puluh resume yang dicampak di syarikat industri Oil&Gas di Paka membuahkan hasil.
Maka kerjayaku bermula di Terengganu Crude Oil Terminal (TCOT) dan bekerja dari 0800H-1900H setiap hari. Kerjaya sebagai blogger ketika belajar dulu terpaksa ditinggalkan oleh kerana P1 WIMAX tiada di kawasan kampung halamanku.
Kini tidak lagi menggunakan perkhidmatan P1 WIMAX dan kembali kepada CELCOM BROADBAND yang lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.
Buat masa ini, saya berada di Melaka untuk projek di Petronas Penapisan Melaka (PPMSB). Sambung internet CELCOM BROADBAND adalah bagus ketika di kawasan Tangga Batu, malangnya sambungan internet tidak menentu apabila berpindah rumah ke kawasan Taman Terendak Permai.
Ini menjadikan perasaan untuk kembali berblog terjejas selain faktor kepenatan bekerja.
3. PERKAHWINAN
Kita merancang dan sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Alhamdullillah saya telah pun menamatkan zaman bujang sebaik sahaja tamat belajar selepas mendapat pekerjaan.
Hanya 2 keping gambar perkahwinan saya untuk tatapan pembaca setia s2u. “Nak upload banyak-banyak pon, den bukan artis”.
Kemana Penulis S2U yang Lain?
Untuk pengetahuan anda semua, penulis-penulis di s2u sebelum ini adalah rakan-rakan saya ketika di UTM dahulu. Kini mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
1. Ron - Sale Engineer – K.L
2. Michael ‘Flunk’ Caesar – Engineer – K.L
3. Mr Amin – Teacher – Selangor
4. Devotedlily - Final Year Student – USM
Setakat itu sahaja untuk masa ini untuk melepaskan kerinduan untuk berblog setelah sekian lama menyepi.




28/07/2012 at 4:10 AM
haha…selamat kembali !!
28/07/2012 at 6:28 PM
hahaha…. kembalikah?? aku pon tak tau sampai bila…
04/08/2012 at 1:10 AM
Marzuki…kawin dah awk yer..x jempot pon
07/08/2012 at 7:37 AM
ni afif mana ek ni??
30/08/2012 at 2:17 PM
sengal jukak..bear la