Home » Variasi » Agama » Soal Jawab Agama » Hukum Potong Kuku Ketika Berpantang
Hukum Potong Kuku Ketika Berpantang

Hukum Potong Kuku Ketika Berpantang

SAYA masih lagi berpantang selepas melahirkan bayi. Baru-baru ini, saya memotong kuku kerana sudah terlalu panjang sehingga kotoran dapat dilihat di celah kuku.

Malah saya juga sukar menguruskan bayi disebabkan kuku yang panjang itu. Kemudiannya saya memotong kuku itu dan menyimpannya di dalam sampul surat untuk memudahkan saya mandi hadas besar selepas tamat tempoh berpantang nanti.
Bagaimanapun anak saya secara tidak sengaja sudah membuang sampul surat berisi kuku itu.

AZURA, Negeri Sembilan

ISLAM sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga. Islam membenarkan memotong kuku ketika dalam pantang atau dalam hadas besar apabila ada keperluan untuk berbuat demikian.

Seterusnya, Islam menghendaki supaya kebersihan sekeliling dijaga. Seperti kuku tadi, selepas dipotong sebaiknya ia dikumpul dan ditanam. Bagaimanapun, apabila tersalah membuangnya, ia dimaafkan.

Sekiranya mampu, ia boleh dicari. Secara umum, pertanyaan puan itu timbul kerana ada pendapat yang menghukum makruh memotong kuku dalam hadas besar.

Perkara itu sudah lama berkembang dan diamalkan dalam masyarakat Melayu. Ini berdasarkan pendapat Imam al-Ghazali dengan beberapa alasan bersifat kerohanian dan penuh dengan kewarakan.

Ia pula boleh diamalkan sekadar yang termampu dan menurut keadaan seseorang. Al-Ghazali menyatakan: “Tidak sepatutnya mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, mengeluarkan darah (berbekam) dan membuang sesuatu dari badannya semasa berjunub. -myMetro-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top