Maharaja Lawak Mega II 2012 – Episod 1 [Video Penuh]

Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click here to download the latest version of Adobe Flash Player Plugin.

Kumpulan Balas berjaya menewaskan Mamu dan Kecik untuk mendapatkan Hot Seats Maharaja Lawak 2012 (MLM 2012) sekaligus menyertai 10 peserta lain untuk melengkapkan 11 peserta di malam episod pertama MLM 2012.

Balas telah menerima undian tertinggi berbanding Kecik dan Mamu dan ini membolehkan mereka bersaing dengan pelawak serta para komedi terhebat lain dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain Balas, 10 kumpulan lain yang bakal berentap di MLM 2012 adalah Pmai, Boboi, Jozan, Sabon, Jambu, R2, Shiro, The Bandung Jokers, Saywho dan Dadidu.

Turut diumumkan pada malam tadi ialah juri-juri MLM kali ini iaitu Wulan Guritno dari Indonesia, rocker Awie Wings, pelakon Lisa Surihani dan pengacara popular dari Singapura, Najip Ali.

MLM 2012 telah bersiaran secara langsung dari Auditarium MBSA dan disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Hos untuk program ini ialah AC Mizal dan juara bakal memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000. AC Mizal turut mengumumkan bahawa tiada penyingkiran TIGA minggu pertama MLM kali ini.

Sistem pemarkahan di Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini menggunakan 70% oleh pihak juri tetap dan 30% dari undian para penonton.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.
Tags: , , , , , , , , , ,

About mazuki

Mazuki is the founder and editor of selangor2u.com

More in this category (Hiburan, Raja Lawak, Video)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*