Home » Sukan » Bola Sepak » Barcelona 1-3 Real Madrid – Separuh Akhir Piala Raja Sepanyol [Video Highlight]
Adobe Flash Plugin is required to see this video. Click Get The Latest Flash Player [Desktop]
or
Get The Free Flash Player Browser [Android User]

Barcelona 1-3 Real Madrid – Separuh Akhir Piala Raja Sepanyol [Video Highlight]

BHARIAN | Barcelona : Cristiano Ronaldo meranapkan harapan Barcelona meraih kejuaraan tiga piala musim ini apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Real Madrid pada pertemuan kedua separuh akhir Piala Raja Sepanyol.

Penyerang Portugal itu muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam enam pertembungan berturut-turut Clasico di tempat lawan. Ronaldo membuka jaringan menerusi penalti minit ke-13 selepas dijatuhkan Gerard Pique dalam kotak penalti. Barca kemudian mendominasi permainan tetapi tidak menghasilkan sebarang percubaan memberangsangkan, sebaliknya Ronaldo menambah jaringan pada minit ke-57 selepas menewaskan Jose Manuel Pinto buat kali kedua.

Real kemudian menambah derita musuh tradisinya itu apabila Raphael Varane, peledak gol penyamaan 1-1 dalam timbal balik pertama bulan lalu di Bernabeu, pada minit ke-68 menerusi tandukan hasil sepakan sudut sebelum Jordi Alba menghadiahkan gol sagu hati seminit sebelum permainan tamat namun sudah terlalu lewat.

“Ia perlawanan yang amat baik buat kami dan kami bermain dengan amat baik sejak minit pertama sehingga minit ke-90, amat serius dan dengan sikap yang hebat,” kata Ronaldo yang pasukannya mara dengan keputusan agregat 4-2. “Kami adalah pasukan yang lebih baik dan menjaringkan tiga gol di Nou Camp adalah amat-amat sukar.

“Kami bermain dengan baik sejak kebelakangan ini berbanding di laman sendiri. Liga sukar seperti Barca yang memiliki jurang yang amat jauh dan kamu perlu fokus untuk memburu piala dan Liga Juara ketika ini,” kata bintang Portugal itu.

Pembantu jurulatih Barca, Jordi Roura akur Real amat efektif ketika menyerang dan Barca membuat kesilapan di bahagian pertahanan sekalipun percaya pasukannya layak menerima dua penalti atas kekasaran kepada Pedro.
“Kami harus melupakan kekalahan ini secepat mungkin. Liga adalah kuncinya dan kami perlu fokus dengannya dalam masa sama bersedia untuk perlawanan penting menentang Milan. Kami perlu optimis dan tiada alasan mengkritik pasukan. Kami akan bangkit.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top