Home » Sukan » Bola Sepak » Siapakah Pemain Kelantan Ambil Dadah?
Siapakah Pemain Kelantan Ambil Dadah?

Siapakah Pemain Kelantan Ambil Dadah?

“SAYA hanya mengambil makanan tambahan.” Itu pengakuan pemain bola sepak The Red Warriors yang didapati positif dalam ujian doping selepas tamat aksi final Piala FA 2013 pada 29 Jun lalu.

Sebaliknya, pemain yang enggan identitinya didedahkan itu mempertahankan diri bahawa beliau tidak mengambil sebarang ‘dadah terlarang’ bagi tujuan meningkatkan prestasi bersama pasukannya.

“Saya bukan mengambil dadah, hanya mengambil ‘supplement’ (makanan tambahan). Apabila diarahkan menjalani ujian tersebut pada perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, tiba-tiba keputusannya adalah positif.

“Saya sendiri tidak sangka makanan tambahan itu mengandungi bahan terlarang. Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan di atas kejadian ini dan berharap isu ini tidak diperbesarkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ekoran keputusan positif ujian tersebut, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertindak serta-merta merehatkan pemain berkenaan daripada terbabit dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama enam bulan.

Malah kelibat pemain yang boleh beraksi di posisi pertahanan dan tengah itu juga tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad Kelantan sejak bulan Ramadan lalu sejurus keputusan ujian tersebut diperoleh pihak Kafa.

Beliau yang kesal dengan tindakan mengambil makanan tambahan itu kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Kafa untuk mengambil langkah seterusnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu pemain berkenaan juga turut menafikan khabar angin yang tersebar dalam kalangan penyokong Kelantan mendakwa beliau terlibat dalam salah laku pengambilan dadah sebelum ini.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Datuk Mohd Taufek Abd Razak baru-baru ini mendedahkan salah seorang pemain daripada dua pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA didapati positif setelah menjalani ujian doping. Sumber-SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Scroll To Top