Together We Share

3 Pemain Harimau Muda Bakal Sertai Kelab Eropah

Selepas menyaksikan persembahan yang baik oleh skuad Harimau Muda di Slovakia, 3 pemain skuad Harimau Muda telah menarik minat kelab ViOn Zlate Moravce (Slovakia Premier League) untuk menyertai kelab mereka.

Pemain yang menarik minat kelab tersebut adalah

1. Wan Zack Haikal Wan Nor (Pemain Sayap)
2. Irfan Fazail (Penyerang)
3. Fadhli Shas (Pertahanan)

Perlawanan Malaysia di Slovakia

26 Jul – Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
30 Jul – Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
2 Aug – Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
9 Aug – Malaysia U23 (1) vs Honved Budapest (4)
16 Aug – Malaysia U23 (2) vs Dolny Kubiu (0)
23 Aug – Malaysia U23 vs FC Nitra
26 Aug – Malaysia U23 vs FC Levice

Dari 5 perlawanan yang telah berlangsung Wan Zack telah menjaringkan 3 gol manakala Irfan Fazail dengan 1 gol.

Untuk peringkat permulaan, mereka hanya menyertai secara pinjaman selama 3 bulan sehingga bulan November tahun ini.

Menurut Kim Swee dipetik dari KOSMO;

“Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.

“Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.

“Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama,”

“Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.

“Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini,”

Info Mengenai kelab ViOn Zlate Moravce

Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi pada playoff Liga Europa.

 

Walaupun hanya untuk pinjaman, paling tidak kelab disana telah  mula untuk membuka peluang kepada pemain Malaysia untuk menyertai mereka.

Urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!