Web
Analytics
Together We Share

3 Tips Untuk Memasukan Elemen Romantik Dalam Perkahwinan

Perkahwinan akan sentiasa bahagia jika ada elemen romantik di dalamnya. Berikut ada tiga tip untuk masukkan suasana romantik dalam perkahwinan.

Tip pertama : Sentiasa adakan temujanji romantik dengan pasangan anda.

Lakukan temujanji romantik seberapa banyak yang mungkin. Antara temujanji yang boleh anda lakukan adalah

• Makan malam romantik di luar.
• Berpelukan sambil menonton movie di televisyen.
• Percutian pendek.
• Melihat alam semulajadi.

Fokus utama temunjanji adalah untuk anda berdua meluangkan masa bersama – sama sambil bermain cinta dan berkasih sayang. Jika anda sudah ada anak, anda boleh bawa bersama atau tinggalkan mereka. Anak – anak bukan orang lain tetapi sebahagian dari anda berdua.

Tip kedua : Dengar apa yang pasangan anda ingin sampaikan.

Apabila pasangan anda sampaikan sesuatu, anda dengar dengan bersungguh – sungguh. TIada yang lebih romantik apabila anda memahami pasangan anda sepenuhnya.

Apabila anda memahami dia, segala tindakan anda pasti tidak akan menyakitkan hati dia. Dia juga akan rasa lebih sayang terhadap diri anda.

Tip kedua : Jadikan ciuman dan ucapan I love sebagai habit.

Selalulah lepaskan rasa rindu anda dengan memeluk dan mencium pasangan anda. Selain itu, anda juga boleh lafazkan I love U apabila sedang memeluk dan mencium dia.

Dua tindakan ini iaitu ciuman dan ucapan I love U akan membuka ruang untuk anda berdua bersikap lebih romantik pada masa akan datang.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!