Web
Analytics
Together We Share

Air Pasang Besar Diramal Di Pantai Timur Disember Ini

KOSMO 16 Nov : Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

Related Posts

Anak tak kenang budi – Ibu ditinggalkan di hotel murah

Tuala Wanita Dalam Bungkusan Minyak Masak

“Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

“Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda,” katanya ketika dihubungi semalam oleh pihak kosmo.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!