Select Page

Author: Editor

Jualan Proton Merosot dan Syarat Pinjaman Kereta BNM

Kerisauan pihak Proton mengenai kemerosotan jualan kereta mereka jelas ketara apabila pihak Proton memutuskan untuk membuat pertemuan dengan pihak BNM untuk membincangan mengenai syarat pinjaman kereta yang diperketatkan itu. Garis panduan baru ini telah dikuatkuasakan oleh BNM bermula 1 Januari tahun ini. Langkah yang dilakukan oleh BNM ini bertujuan mendidik orang ramai untuk membeli kereta mengikut kemampuan kewangan bukan mengikut keinginan hati. Sebelum garis panduan baru oleh BNM ini dilakukan, 50% permohonan pinjaman diluluskan manakala tahun ini merosot kepada 30%. Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab oleh BNM Untuk mendapatkan kereta Proton baru, pendapatan bersih mestilah minumum RM800 sebulan. Untuk graduan baru bekerja,penjamin perlulah bergaji melebihi RM2000 sebulan. Tempoh pembiayaan adalah 9 tahun berbanding 11 tahun sebelum ini. Sebenarnya ini adalah tindakan bagus oleh BNM terutamanya untuk graduan yang baru bekerja. Ramai graduan yang baru bekerja tidak sabar-sabar untuk memiliki kereta idaman tanpa memikirkan masa depan seperti kos untuk berkahwin dan memiliki rumah. Terdapat 4 keberangkalian tanggungan hutang individu apabila mencapa umur 30 tahun dan keatas: Hutang kereta Hutang pinjaman peribadi (Biasa digunakan untuk perbelanjaan kahwin) Hutang rumah Hutang PTPTN 4 aspek ini nampak seperti hutang yang wajib yang perlu ditanggung oleh individu secara umumnya. Perkara yang kita perlu tahu juga adalah kereta bukan satu ASET tetapi satu Liabiliti yang menjadi keperluan untuk digunakan seharian. Untuk memiliki kereta, ramai menyarankan untuk hanya menggunakan 15%-20% gaji bersih bagi bayaran bulanan. Jika...

Read More

Tapak Menara Tertinggi China Mengalami Rekahan [8 Foto]

Menurut kajian, Shanghai telah mengalami pemendapan tanah sebanyak 2 meter sejak lebih seabad lalu. Laporan dari BBC menyatakan yang purata pemendapan tanah berlaku sebanyak 1.5cm setiap tahun di Shanghai. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak bangunan tinggi dibina di Shanghai sejajar dengan kemajuan China. Rekahan yang berlaku pada tapak Shanghai World Financial Center ini sesuatu yang membimbang kerana pada masa ini China dalam proses membina Shanghai Tower pada lokasi yang sama yang dijangka siap pada 2014. Shanghai Tower akan menjadi bangunan tertinggi di China dan merupakan kedua tertinggi apabila bangunan ini siap kelak. Rekahan Tapak  Shanghai World Financial Center   Apa yang berlaku di China ini boleh dijadikan iktibar kepada negara kita juga, dimana kajian yang terperinci perlu dilakukan jika ingin membina bangunan bangunan tinggi terutamanya di Kuala...

Read More

Chandra Bahadur, Lelaki Terpendek Dunia [+Video]

Chandra Bahadur, 72 tahun berasal dari India berharap dapat diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki paling pendek didunia. Secara tidak rasminya buat masa ini dialah lelaki yang paling pendek didunia yang ditemui. Buat masa ini rekod ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina dengan ketinggian 60cm manakala Chandra mempunyai ketinggian 56cm. Jika Chandra diiktiraf secara rasmi maka menjadikan dia lelaki terpendek dunia  (yang masih hidup) seterusnya berasal dari Asia. Sebelum itu, lelaki yang berasal dari Nepal, Khagendra Thapa Magar turut pernah menjadi lelaki terpendek dunia dengan ketinggian 67cm. Carta Lelaki Pendek Dunia (Masih Hidup & Diiktiraf) 1. 59.93 cm Junrey Balawing (Filipina) 2. 67...

Read More

Telefon Pintar Android Buatan Malaysia Pertama Serendah RM 500

DMD Mobile Sdn Bhd bakal melancarkan telefon pintar pertama keluaran syarikat dari Malaysia pada April nanti. Telefon pintar M3 Communicator Antara ciri telefon ini termasuk platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, komunikasi bersepadu dan sembang, e-mel mudah alih dan sistem rangkaian sosial dilengkapi teknologi NFC. DMD tidak menyasarkan jualan mereka kepada pengguna yang mampu memiliki telefon pintar seperti Blackbery, Iphone atau seumpanya tetapi lebih menyasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Target DMD untuk M3 Communicator untuk memberi pengalaman 80%-90% seperti menggunakan Blackbery atau Iphone. Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April nanti dan merancang untuk mengeluarkan 2,3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500. Memetik dari Malaysian Insider, M3 Communicator ini turut dilengkap dengan GPS,WI-FI dan bluetooth dan pada Jun-Julai nanti mereka akan menggunakan platfom Android 4.0 (Ice Cream Sandwich). Dengan harga RM 500, pengguna tidak boleh membayangkan kepuasan memiliki telefon pintar ini adalah sama seperti menggunakan Blackberry atau Iphone. Sepertimana pada awal kemunculan Proton Saga, pengeluaran M3 Communicator adalah langkah memajukan setapak Malaysia dalam bidang teknologi dan diharap terus berkembang. Pastinya setiap kelemahan pada produk tidak dapat dielakan. M3 Communicator juga akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Barcelona, Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara...

Read More

Keretapi Tergantung di Jerman – Wuppertal Schwebebahn [11 Foto]

Wuppertal Schwebebahn (Wuppertal Floating Tram) adalah sistem keretapi tergantung di Wuppertal,Jerman. Jika di Malaysia ianya seperti Monorail tetapi keretapi ini berada dibawah landasan. Dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1 Mac 1901 dan ianya masih digunakan sehingga hari ini. Panjang landasan 13.3km –Wikipedia– Foto Wuppertal...

Read More