Web
Analytics
Together We Share

Bahaya Barangan Kosmetik Kepada Bayi!

Semasa mengandung macam-macam kepercayan tentang amalam amalan yang kita ikut sebab kita mahukan anak dalam kandungan kita sempurna seperti orang lain. Ingat, bukan sahaja cara pemakanan dan amalan yang perlu kita jaga, tapi kita jugak perlu kawal penggunaan barangan kosmetik semasa mengandung ataupun ketika mempunyai anak anak yang masih kecil.

Sebuah kajian daripada sebuah junal, Pediatrics, Dr. Sheela Sathyanarayana dari Universiti Washington, baru baru ini menjelaskan bahawa sesetangah produk kosmetik ini mengandungi bahan-bahan kimia yang berpotensi dan sangat berbahaya disebut ftalat.


Sathyanarayana juga mengatakan bahawa mereka telah menemui  peningkatan kandungan monoethyl phthalate (MEP),monomethyl phthalate dan monoisibuthyl phthalate (MIBP) dalam urin bayi kesan daripada penggunaan penggunaan lotion bayi, syampu bayi dan bedak bayi. Menurut para penyelidik, bayi muda kurang dari 8 bulan lebih berisiko untuk terkena kesan ini.

Apa Itu  Ftalat?


Ftalat adalah sejenis  kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik PVC pembungkus makanan dan digunakan untuk menstabilkan pewangi dan ditemui dalam beberapa produk pengguna lain termasuk mainan, produk penjagaan peribadi dan peralatan perubatan. Dan Ftalat ini juga digunakan dalam sesetengah bahan kosmetik wanita dan akan menjadi racun kepada bayi di dalam  kandungan dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Paling sedih, bayi kita berisiko tinggi terkena kanser testis apabila mereka dewasa, jika ibu ibu mereka menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.

Antara produk yang mengandungi racun Ftalat:-

  1. Pewangi Poison dari Christian Dior
  2. Pantene Pro V “Healthy Hold”
  3. Deodorant Arrid
  4. Penyembur rambut Aqua Net
  5. Tresor Eau De Parfum
  6. Deodoran intensif 24jam Rexona
  7. Perfume dari Eternity, Chanel no 5, dan Tommy Girl
  8. Produk penyembur rambut Vidal Sassoon, Essentials dan Tommy Girl
  9. Deodoran dari The Body Shop dan Nivea
  10. Mousse rambut dari Wella dan Studio Line

Mungkin kita semua tak sedar tentang bahaya ini, sebab sebelum ni tak pernah jadi apa apa pada kandungan dan anak anak kita.Walaupun, kesannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, kemungkinan untuk bayi kita mendapat kesan buruk ini di masa akan datang itu ada. Jadi apa salahnya kita berhati hati daripada menyesal kemudian hari.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!