Web
Analytics
Together We Share

Bahaya Sosej, Sebatang Sosej Bersamaan Sebatang Rokok?

Barbeku sosej boleh membuatkannya sama bahaya seperti menyalakan sebatang rokok, menurut satu papan tanda di Amerika yang bertulis: “Warning: Hot dogs can wreck your health.” (Amaran: Sosej membahayakan kesihatan)

Papan tanda ini yang tersergam indah di lebuhraya di Amerika, juga menandakan betapa banyaknya sosej yang telah dijual di seluruh dunia yang mungkin juga sebagai makanan harian sesetengah masyarakat.

Projek Kanser ini dari kumpulan NGO adalah bertujuan untuk menyarankan semua pengguna supaya mendapatkan diet yang seimbang. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan segala penyakit yang kronik bakal timbul.

Kumpulan ini mahu pengguna sedar bahawa risiko tinggi jika mengamalkan pemakanan daging yang diproses. Para industri daging tidak berpuas hati dengan kumpulan ini dan menyatakan bahawa mereka ini hanya ingin mengurangkan pemakanan bagi binatang.

Pakar pemakanan di Amerika telah menyarankan supaya pembungkusan sosej perlu diletakkan tanda amaran kerana daging yang diproses telah menjalani proses pemesinan, pengawetan serta pengasinan.

Satu laporan dari Institut Kajian Kanser Amerika serta Kajian Kanser Dunia menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan 100gm daging yang diproses mempunyai 36% risiko untuk mengalami kanser usus. Kajian pada tahun 2010 oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika juga telah menunjukkan bahawa memakan daging yang diproses meningkatkan risiko untuk kanser kelenjar prostat.

Walaubagaimanapun, sosej bukanlah satu makanan yang berkhasiat mahupun sangat berbahaya jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bagi ibu bapa diluar sana, awasilah pemakanan anak-anak kita kerana daging yang diproses adalah kurang berkhasiat. Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup keluarga kita, demi kesihatan setiap ahli keluarga kita. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Sekian.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!