Web
Analytics
Together We Share

Bayi Baru Lahir Terberat di UK, 5.5KG

Suzie, yang se berat 5.5 kilogram adalah bayi paling besar pernah dilahirkan di Britain.

Beratnya hampir dua kali ganda berbanding purata berat bayi baru lahir. Lebih menarik lagi, Suzie sudah mempunyai dua batang gigi ketika dilahirkan.

Tetapi yang menghairankan, ibunya, Gemma Tevendale, 26, melahirkannya cara biasa dengan hanya dibantu oleh gas dan udara.

Related Posts

Chandra Bahadur, Lelaki Terpendek Dunia [+Video]

Lelaki Thai Mencuri 10,000 Pakaian Dalam Wanita Selama 30…

Dia hanya mengalami sakit selama 44 minit sebelum dimelahirkan Suzie.

Kebanyakan ibu bayi yang bersaiz besar terpaksa menjalani proses Caesarean ketika melahirkan anak masing-masing.

“Bidan terkejut. Mereka berkata, bayi saya besar, antara 4.5 kilogram atau 5 kilogram.

Tetapi apabila mereka melihat beratnya 5.5 kilogram, mereka berkata, penimbang itu sudah pecah,” kata Gemma.

Suzie dilahirkan tiga minggu lalu dan kini sudah memakai pakaian bayi yang berusia enam bulan.

Dan selera makan bayinya juga besar. Dia diberi susu badan tetapi turut memerlukan susu botol kerana sentiasa lapar –METRO

Fakta Mengenai Bayi Baru Lahir Terberat

Paling terbaru adalah bayi dilahirkan di Indonesia yang seberat 8.7kg pada 2009. Bagaimanapun ini adalah bukan terberat yang pernah direkodkan. Menurut Guinness Record pada tahun 1879 di Kanada, bayi 10.5kg pernah dilahirkan namun meninggal selepas 11 jam dilahirkan dan bayi terberat yang hidup selepas dilahirkan adalah di Italy dengan berat 10.2kg pada tahun 1955. –wiki.answers

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!