Web
Analytics
Together We Share

Bekas Juruterbang Mencipta Kereta Terbang!

Kalau sebelum ini kita hanya biasa mendengar akan kapal terbang yang di cipta dengan pelbagai inovasi baru tetapi lain pula dengan seorang bekas juruterbang Russia yang telah menunjukkan tahap kekreatifan yang amat tinggi dengan mereka cipta sebuah kereta terbang. Apa yang menarik, kereta terbang ini mampu terbang walaupun tidak lah setinggi dan sejauh mana.

Kereta terbang ini mampu berada di udara pada kelajuan 60 batu sejam tetapi mempunyai ketinggian maksimum hanya 10 kaki dan hanya boleh terbang dengan jarak 600 kaki sahaja.

Kereta terbang ini telah diberi nama ‘V.Bulgakov’ direka oleh bekas juruterbang Valery Bulgakov, 72.¬†Bulgakov yang berasal dari Kaluga, telah mengubahsuai model kereta ZAZ Tavria (1987) dengan menggantikan pintu dan bonet dengan bahan-bahan yang ringan dan kemudiannya menambah sayap.

Reka bentuk empat sayap adalah bertujuan untuk membuatkannya lebih selamat di udara, dan ia mengambil kira-kira 20 saat untuk mencapai kelajuan penerbangan. Dan video berikut, merupakan laporan tentang kereta terbang ini.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!