Web
Analytics
Together We Share

Berjalan 1000 Batu Demi Cinta

China- Seorang lelaki berusia 29 tahun memulakan sebuah perjalanan yang sungguh bermakna sejauh 1000 batu (1600km) hanya kerana untuk melamar seorang perempuan yang beliau cintai. Bakal isterinya itu Ling Hsueh, 23, merupakan salah seorang peminat kumpulan Proclaimers dari Scottland dan telah mencabarnya untuk berjalan 1000 batu seperti dalam salah satu lagu nyanyian kumpulan tersebut yang bertajuk “I’m Gonna Be (500 miles)”.

Ling pada asalnya hanya berjenaka apabila teman lelakinya itu telah melamar beliau dan menyuruhnya berjalan 1000 batu seperti dalam lagu tersebut. Namun, belum sempat beliau memberitahu bahawa ianya adalah sekadar jenaka, Lui Peiwen bergegas membungkus beg ‘hiking’nya dan memulakan perjalanan.

Lui Peiwen tinggal di Daereah Henan manakala kekasihnya itu pula tinggal di Daerah Guangdong yang secara kebetulan adalah 1000 batu jaraknya. Ling turut mengatakan bahawa beliau tetap akan mengahwini jejaka tersebut walaupun tidak mengharungi perjalanan 1000 batu itu dan sangat menegaskan bahawa beliau hanya bergurau dengan teman lelakinya.

Perjalanan ini mungkin akan mengambil masa selama 6 minggu dan Lui Peiwen berharap kekasihnya akan menerima lamaran tersebut setibanya beliau disana. Chorus lagu berkenaan berbunyi, “But I would walk 500 miles, and I would walk 500 more, just to be the man who walked a thousand miles, to fall down at your door”.

P/S: kepada kaum Adam di luar sana, sanggupkah anda berjalan 1000 batu untuk membuktikan cinta anda pada si dia?? hahaha

Video dibawah pula adalah lagu “I’m Gonna Be (500 miles)” oleh kumpulan Proclaimers. (tak lah sedap mana pon hahaha)

[wp-jw-player src=”http://www.youtube.com/watch?v=tbNlMtqrYS0″]

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!