Bagaimana Buat Duit Dengan Blog?
Ramai mula menceburi diri dalam membina blog apabila penjanaan duit melalui blog semakin popular di Malaysia. Ini mungkin kerana kewujudan nuffnang dan advertlets yang menerima blog-blog yang dibina dalam bahasa melayu.
Bagaimana untuk membina blog?
Kebiasaannya orang akan cuba untuk membina blog dengan blogspot pada awal pembabitan untuk berblog. Blogspot juga bagus kerana membenarkan penggunaannya untuk meletakan kod-kod iklan seperti google adsense dan juga koding iklan dari nuffnang.
Lain pula dengan wordpress.com, wordpress.com anda tidak dapat untuk memasukan koding iklan adsense anda. Disebabkan saya tidak pernah menggunakan wordpress.com jadi saya tidak dapat untuk merungkai lebih banyak sebab musabab kenapa.
Bagaimana pula dengan membina blog menggunakan domain sendiri?
Seperti saya, saya lebih selesa menggunakan wordpress.org untuk membina blog saya. Anda juga boleh baca di tutorial cpanel yang saya buat sebelum ini. Disitu saya ada buat beberapa post dan belum lagi menambah post-post terbaru
Dulu saya suka dan selesa dengan blogspot namun selepas ekplorasi menggunkan wordpress hampir setahun saya rasa wordpress lebih cooooool.
Banyak perkara boleh dilakukan dengan wordpress.org
Sumber pendapatan dari blog?
Sumber pendapat para blogger biasanya dari pengiklanan dengan cara meletakan banner iklan atau membuat post review. Banyak lagi cara lain yang saya sendiri pon tidak tahu/mahir.
Apa yang perlu anda lakukan jika pada permulaan anda berblog?
Nasihat saya tanamkan minat untuk berblog kerana jika tanpa minat anda tidak akan berjaya untuk membuat income dari blog.
Jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan dari blog anda perlu tahu dan mahir membina blog.
Kesilapan dalam membina blog untuk buat duit?
Kebanyakan orang membuat blog tanpa mempunyai niche dan membina blog bercerita mengenai kehidupan harian atau lebih kepada diari. Kebiasaannya blog sebegini bukan tujuan utama mereka untuk memjana pendapatan dari blog tetapi lebih kepada suka-suka.
SELAMAT BERBLOG
Popularity: 5%
Related posts:
- Blog + Trafik(visitor) = Money Membuka Minda Newbie Menjana Wang dengan Blog(part 1) Setelah aku berblog dari blogspot dan sekarang melangkah setapak dengan...
- Tip Buat Duit Di Internet Secara Berkesan Sejak kebelakangan ini saya sering menerima emel berkenaan bagaimana untuk...
- Buat Duit Dengan Gambar Buat duit dengan gambar atau lebih senang lagi dikatakan buat...
- Menjadualkan Post Anda di Blog Mungkin kadang-kadang kita terlalu banyak idea untuk menulis dan mempunyai...
- Blog Mp3 Murah Untuk Dijual Sebenarnya saya ingin meminta pendapat anda semua layakkah untuk saya...
- Buat Duit Dengan Associated Content Sebenarnya telah lama untuk saya membuat perancangan untuk berkongsi teknik...
- Blog Bertuah Layak Mendapat Ganjaran Jika anda perasan pada bulan 18 Nov 2008 yang lepas...
- Perkara Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog Dengan Domain Sendiri Sebelum saya berblog dengan wordpress atau domain sendiri saya berblog...
- Buat Duit Dengan AC Bah 1 (Proxy) Sebagaimana yang korang tahu target saya membuat tutorial ni hanyalah...
- Buat Duit Dengan Associated Content(AC) Bah 4 (Submit Artikel) Salam bertemu, Setelah tutorial buat duit associated saya sebelum ini...





mmg pack giler blog ni
Reply
mazuki Reply:
June 21st, 2009 at 2:25 AM
blog eksperiment memang camni
Reply
Kalau dah ada peluang, jangan lepaskan. Kalau dah ada blog buat ape nak buat suka-suka, jadikan sumber pendapatan tambahan. Terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada, tanya selera. Ramai yang telah berjaya bemula dari minat, hobi dan akhirnya ke arah sumber pendapatan tetap dan sepenuh masa.
Reply