Shoutbox Percuma Untuk Blog Anda
MYmalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma
Walaupun shoutbox itu perkataan dalam inggeris tetapi perkataan shoutbox lebih selesa saya rasa untuk digunakan berbanding “kotak jerit”.
Shoutbox juga seperti perkara yang perlu ada pada sesetengah blogger untuk blog mereka.
Apakah kelebihan ada shoutbox diblog?
Kebiasaannya pelawat blog malas untuk meninggalkan komen pada artikel-artikel yang kita buat dan dengan adanya shoutbox kebiasaannya lebih mudah untuk mereka meninggalkan pesanan,pertanyaan dan mungkin juga untuk berkenalan.
Namun tidak boleh lari dengan aktiviti-aktiviti SPAM pada shoutbox. Ini juga antara sebab saya membuang shoutbox pada blog ini selain dari sebab-sebab yang lain.
Perkara yang paling leceh untuk admin blog apabila ramai SPAM pada shoutbox kita. Kita terpaksa login ke website shoutbox tersebut untuk delete SPAM yang ada. Leceh bukan??
Apabila didelete diorang SPAM lagi kadang-kadang ada juga perkataan-perkataan lucah yang dikeluarkan pada shoutbox yang boleh menjatuhkan reputasi sesebuah.
Bagaimana untuk memilih Free Shoutbox yang bagus/baik?
Saya syorkan anda menggunakan free shoutbox yang disediakan sbox.ws
Apa kelebihan free sbox.ws?
- Boleh chat seberapa banyak yang anda mahu. Memang berbaloi-baloi
- Menggunakan HTML kod. Jadi bukan sahaja diblog anda boleh masukan shoutbox ini, anda juga boleh masukan shoutbox ini di friendster,myspace dan tagged.Dengan menggunakan kod HTML juga anda boleh masukan shoutbox didalam post yang anda buat seperti mana yang saya lakukan ini.
- Boleh filter perkataan-perkataan yang tidak sesuai atau perkataan-perkataan lucah
- Boleh delete secara terus komen-komen yang ada pada shoutbox anda tanpa perlu ke website sbox.ws
- Boleh BAN terus IP Adress yang membuat onar di shoutbox anda. Boleh Unbanned balik di sbox.ws
- Terdapat 3 set smiley anda boleh pilih mana yang anda suka
- Autoupdate User Online
Anda cuba dahulu sbox. Jangan lupa beri komen dan pandangan anda mengenai shoutbox percuma buatan Malaysia ini pada sbox dibawah.
Be Our Readers, Subscribe by Email






