Web
Analytics
Together We Share

Cadangan Penumpang Bas Ekspres Wajib Beli Insuran RM 1

Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Melalui cadangan ini para penumpang bas ekspres akan dikenakan lebihan bayaran RM1 sebagai insuran ketika menaiki bas.

Dengan cara ini, jika berlakunya kemalangan para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan.

Cadangan ini untuk memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari jika berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sehubungan itu, Pengerusi PPBSM, Sa’adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.-KOSMO

Pada pendapat saya cadangan ini adalah sangat bagus walaupun perlu membayar lebih untuk harga tiket. Sekurang-kurangnya boleh dapat pampasan dan perubatan jika berlakunya kemalangan.

Sehubung dengan itu, ia juga menguntungkan pihak pengusaha bas kerana boleh lepas tangan dari tuntutan bayaran pampasan dari penumpang.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!