Select Page

Cara Pelupusan Al-Quran yang Betul

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.

Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.

i) Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilupuskan secara berasingan daripada bahan-bahan lain, serta dilarang menggunanya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.

ii) Kaedah pelupusan sama ada secara pembakaran atau ditanam. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca
dan yang bukan Rasm Uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal. (Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992).

iii) Cara pembakaran adalah seperti berikut:

a) Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

b) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang
telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

c) Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal
selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahanbahan tersebut.

P/S: Termasuk dalam Garis Panduan ini ialah hadis-hadis nabi dan doa-doa yang mengandungi gabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya

Rujukan: www.islam.gov.my dan www.e-fatwa.gov.my

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *