Together We Share

Cara Pengiraan Dividen dan Bonus ASB [+EXCEL]

Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASB) telah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan ASB 2011 sebanyak (dividen) 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen. Mungkin dikalangan kita juga tidak faham perbezaan Dividen dan juga Bonus.

Secara umumnya dividen ASB dikira mengikut simpanan bulanan pada tahun berkenanan manakala bonus pula dikira untuk simpanan selama 10 tahun.

1. Pengiraaan Pengagihan Pendapatan ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan (setahun).

Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan.

Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Bagaimana Agihan Pendapatan (Dividen) ASB Dikira?

*Andaian anda mula menyimpan pada 1 Januari
*BMB = Baki Minimum(terendah) Bulanan

(Jumlah BMB)/12 x Kadar Agihan Pendapatan ASB

 

2. Pengiraan Bonus Pendapatan ASB

Pengiraan Bonus adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan (BMB) untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

*Andaian Telah 10 Tahun Menyimpan

Bagaimana Bonus ASB Dikira?

Purata BMB Tahunan Selama 10 Tahun x Bonus Pendapatan

Download Pengiraan ASB Format EXCEL

MultiUpload : http://www.multiupload.com/I17FPJAUTN

P/S: Saya buat pengiraan dalam excel diatas berdasarkan maklumat  pembacaan dari forum. Kalau salah sila beritahu.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!