Web
Analytics
Together We Share

Cara Picit Jerawat Yang Betul

Jerawat? memang buat kita rasa tak selesa sangat! Bila ada jerawat yang tumbuh kat muka boleh buat kita rasa stress.Rasa geram nak picit. Tangan pon asyik merayap je dok pegang pegang jerawat tu.

Ramai antara kita yang suka picit jerawat dengan kuku sebab nak cepat and geram.Walaupun sakit tetap jugak picit sampai senget senget muka.

Kalau tak boleh dengan kuku, dengan jarum pon jadi.Yang penting jerawat tu meletop. Tapi lepas dah picit tu keluar lagi 1 biji jerawat, tak pun jadi parut itam. So, betul ke cara kita picit jerawat selama ni? Jawapan nya SALAH!

Kenapa tak boleh picit jerawat guna kuku & jarum?

  • Picit gunakan kuku boleh sebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari  masuk dalam jerawat tu. Sebab tu la esok lusa keluar pulak kat tempat lain atau pada tempat yang sama.
  • Picit jerawat bole sebabkan parut, so kena buat dengan cara yang betul supaya tak jadi parut.

Jom tengok cara yang betul untuk kita hapuskan jerawat.

Langkah 1

Cuci tangan! Sangat penting untuk kita mencuci tangan. Make sure cuci dengan sabun, bersihkan bawah bawah kuku. Ini untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.

Langkah 2

Cuci muka. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria macam Oxy, Shebamed & etc. Kalau ada mekap, gunakan make up removal dulu, then baru la cuci muka. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh & mekap), kalau tak cuci dulu, and terus picit jerawat, bakteria kat luar tu boleh masuk ke dalam kulit.

Langkah 3

Scrub kat bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk buang sel kulit mati dan memudahkan keje nak memicit jerawat. Jangan gunakan scrub untuk badan kat muka ya!

Langkah 4

Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum nak picit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.

Langkah 5

Cari ‘mata’ jerawat, picit dibahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya. Urut sikit utk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu kite nak lapkan isi jerawat yang keluar tu.Jangan over picit, nanti akan jadi parut jerawat!

Langkah 6

Dapkan toner kat atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.

Extra: Boleh juga steam muka dulu sebelum buat langkah2 ni, untuk buka liang pori kita sikit, lagi senang nak picit jerawat tu keluar.

Video kat atas tu, video step by step untuk picit jerawat dengan cara yang betol.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!