Web
Analytics
Together We Share

Cara Untuk Melabur dalam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia secara rasminya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada awal Januari 2012 yang lalu. Skim ini diperkenalkan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penabungan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

Skim ini dikhususkan kepada golongan miskin, orang asli, berpendapatan rendah dengan pendapatan kasar setiap isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Individu yang layak, boleh membuat pinjaman RM 5000 daripada mana-mana cawangan institusi kewangan yang terlibat iaitu :-

  • Maybank
  • CIMB
  • RHB
  • BSN

Menurut Perdana Menteri secara kasarnya dengan  membayar RM84 sebulan, pelabur akan mendapat dividen bulanan RM134 setiap bulan.

Skim ini dibuka untuk permohonan mulai Isnin, 30 Januari 2012.

Terma dan Syarat Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

1.1 Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun
  • Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 – RM3000.
  • Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar.
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memilliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000. (sepuluh ribu)
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
  • Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.

1.2 Pendapatan Isi Rumah

a. Jika Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri atau isteri-isteri.

b. Jika Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

c) Jika anak yang telah berkahwin dan tinggal dalam rumah yang sama, boleh memohon secara berasingan.

2. Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut

  • Kad pengenalan pemohon – 2 salinan
  • Kad pengenalan pasangan ( jika berkenaan ) – 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan seperti dibawah :

Dokumen Pengesahan Pendapatan

i. Jika Bekerja Tetap Bagi pemohon dan/atau pasangan bekerja:
Satu (1) salinan penyata gaji untuk tiga (3) bulan terkini yang disahkan oleh majikan;

Atau

ii. Jika Bekerja Sendiri atau Berniaga atau lain-lain Satu (1) salinan Penyata Bank 3 bulan terkini dan perlu disahkan oleh Pegawai Pengesah.

Atau

iii. Sekiranya tiada penyata gaji atau penyata bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan digunapakai

Dokumen Sokongan dan Borang BPPSARA1M perlu sahkan dan ditandatangani dihadapan SAKSI samada ;

· Majikan; atau
· Penghulu; atau
· Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli; atau
· Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; atau
· Ahli Dewan Undangan Negeri; atau
· Ahli Parlimen.

3. Tempoh Pinjaman Tempoh 60 bulan (5 tahun). Peminjam tidak dibenarkan untuk membuat penjelasan awal.

4. Had Pinjaman RM 5,000

5. Pengeluaran Wang Pinjaman bagi pembelian AS 1Malaysia akan dibayar terus kepada ASNB.

6. Permulaan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan pinjaman dikeluarkan dimana:

a. Pemohon Perlu Bayar Setiap Bulan untuk / selama :

i. Bulan pertama (1) sehingga bulan ke 59 sebanyak RM84 sebulan.

ii. Bulan ke 60 (bayaran akhir ) , sebanyak RM44

7. Cara Pembayaran Balik Bulanan

Peminjam hanya perlu mendeposit amaun pokok pinjaman ke dalam Akaun GIRO Khas Individu

Melalui skim ini,insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.

8. Bayaran Faedah atau Keuntungan

a) Pembayaran RM50 akan dimasukan kedalam akaun SARA 1M dalam bentuk unit dan boleh dikeluarkan bermula bulan ke 3 sebanyak RM50, kerana RM100 (insentif bulan pertama dan kedua ) dan RM5000 ( yang dipinjam) perlu dikekalkan sehingga tamat pembiayaan.

b) sehingga 60 bulan ( 5 tahun ) jumlah unit terkumpul yang boleh dikeluarkan sebanyak RM8000 ( Ringgit Malaysia Lapan Ribu Sahaja ) ( jika tidak dikeluarkan dari bulan pertama hingga bulan ke 60)

9. Gagal bayar bulanan

a) Jika pemohon yang layak gagal membayar ansuran sebanyak RM84 selama 3 bulan berturut maka unit SARA 1M akan dijual semula.

Hanya 50% untuk Bumiputra, 30% untuk Cina, 15% India dan 5% lain-lain peruntukan yang disediakan hanya RM500 juta sahaja!!!

Sumber: 1 2

Selepas 5 tahun jika tiada pengeluaran dividen bulanan dibuat jumlah terkumpul wang pelaburan anda adalah RM5000 + RM 8000 = RM13,000.

Maklumat Lanjut Layari : www.sara1malaysia.com.my

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!