Web
Analytics
Together We Share

Cari Jodoh Melalui Facebook

Dulu masa sekolah rendah kalau tidak silap ada dipaparkan dalam rancangan TV mengenai “Bertemu Jodoh Melalui Internet”. Pada ketika itu dunia internet mungkin tidak luas seperti hari ini dan jika bertemu jodoh melalui internet sesuatu yang pelik,ajaib atau apa-apa ajela pada ketika itu.

Namun, pada hari ini itu bukan lah sesuatu yang pelik dan mungkin telah menjadi sesuatu yang normal terutamanya perkenalan melalui laman-laman sosial.

Jika dulu friendster mungkin popular di Malaysia tapi rasanya tidak lagi pada hari ini kerana majoriti telah menggunakan facebook. Maka tidak hairanlah mengapa facebook kini berada pada tangga ke 2 website paling popular dilayari di dunia selepas google.com.

Berbalik kepada topik asal “Cari Jodoh Melalui Facebook” atau lebih mudah kita kategorikan mencari jodoh dengan laman sosial. Sebenarnya cara ini lebih sesuai kepada golongan-golongan yang terasa dirinya hensem tetapi malu atau tidak ada skill untuk mengorat di dunia sebenar maka alam maya adalah jalan penyelesaian untuk mencari teman.

Jika golongan hawa pula, mungkin banyak dihabiskan masa duk umah dan hidup yang terkongkong oleh keluarga maka internetlah menjadi tempat untuk berkenalan dengan jejaka idaman(mungkin).

Beberapa tips untuk lelaki yang mahu mencari jodoh melalui internet :

1. Jujur – anda tidak perlu menipu pekerjaan,umur dan lain-lain kerana ini tidak bagus untuk jangka masa panjang. Mungkin anda boleh menarik minat wanita kepada anda ketika itu tapi sekali anda kantoi menipu kepercayaan wanita kepada anda pastinya akan hilang.

2. Cool – Anda tidak perlu nak tonjolkan diri anda seperti anda seorang yang tersangat desperate untuk mancari pasangan sehinggakan wanita yang anda cuba dekati mulai rimas dengan anda. Sebagai contoh, hari-hari anda post di wall wanita itu dengan kata-kata jiwang, bunga-bunga….Pastinya ramai juga kawan lelaki wanita itu rasa mahu pijak-pijak kepala anda disebabkan ayat bunga-bunga tersebut.

Tak perlu terburu-buru untuk mendapatkan No telepon atau sebagainya…melainkan ada nampak respond +ve.

3. Keselesaan – Wanita yang anda dekati akan hanya mula melayan dengan anda jika dia mula merasa selesa dengan anda. Bermula dari keselesaan maka anda ada peluang untuk mula berkawan. Jangan sehari kenal terus ajak jumpa. GILA!!!

4. Pesaingan – Wanita cun sememangnya ramai lelaki yang cuba untuk memikat. Ramai juga mula tunjuk concern kepada wanita tersebut maka tidak hairanlah jika wanita cun post di wall “Saya demam hari ini” saya jamin akan dibalas tidak kurang dari 10 komen dengan wish “semoga cepat sembuh” JIJIK!!!! Mungkin anda boleh Private Msg secara direct untuk tunjukkan anda concern!!!

5. Pasrah – Dalam dunia ini kita perlu terima hakikat bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat dan bukan semua yang kita inginkan adalah terbaik untuk kita. Jadi gagal sekali maka cari la yang lain.

Fakta yang kita tidak dapat elak ialah :

“Lelaki terpikat dengan wanita melalui PARAS RUPA terlebih dahulu sebelum personaliti”

“Wanita terpikat dengan lelaki melalui PERSONALITI terlebih dahulu sebelum paras rupa”

Jadi tidak hairanlah mengapa ramai lelaki muka pecah rumah dapat awek umpama model!!!

Untuk dapatkan lebih banyak tips boleh dapatkan e-book ini :

“TAK HENSEM TAK APA JANJI HATI MAU BAIK”

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!