Together We Share

Chandra Bahadur, Lelaki Terpendek Dunia [+Video]

Chandra Bahadur, 72 tahun berasal dari India berharap dapat diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki paling pendek didunia. Secara tidak rasminya buat masa ini dialah lelaki yang paling pendek didunia yang ditemui.

Buat masa ini rekod ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina dengan ketinggian 60cm manakala Chandra mempunyai ketinggian 56cm.

Jika Chandra diiktiraf secara rasmi maka menjadikan dia lelaki terpendek dunia  (yang masih hidup) seterusnya berasal dari Asia.

Sebelum itu, lelaki yang berasal dari Nepal, Khagendra Thapa Magar turut pernah menjadi lelaki terpendek dunia dengan ketinggian 67cm.

Carta Lelaki Pendek Dunia (Masih Hidup & Diiktiraf)

1. 59.93 cm Junrey Balawing (Filipina)

2. 67 cm Khagendra Thapa Magar (Nepal)

3. 67.5 cm Lin Yü-chih (Taiwan)

4. 70.21 cm Edward Niño Hernández (Colombia)


Update: Telah rasmi diiktiraf sebagai lelaki paling pendek dunia

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!