Web
Analytics
Together We Share

Chevrolet Keluarkan Camaro 2012 Edisi Bumblebee

Chevrolet mengeluarkan Camaro 2012 edisi khas bersempena bintang popular kegilaan ramai dalam siri Transformers iaitu Bumblebee. Jika ada dikalangan pembaca yang berhasrat untuk memiliki edisi khas ini diharap jangan lah bersedih kerana ia hanya akan dijual di US, Canada, China, Jepun, Eropah, Amerika Selatan dan juga Timur Tengah.

Siri Transformers banyak membantu untuk memperkenalkan kereta sport buatan Chevrolet ini lantas menaikkan namanya sebagai ‘Best selling sport car in the United State’. Bersempena sekuel terbaru Transformers: Dark of the Moon yang baru ditayangkan pasa 29 jun lepas, Chevrolet telah mengumumkan edisi khas Camaro 2012 Bumblebee dan bersedia menerima tempahan bermula 27 jun yang lalu.

Edisi khas ini akan dikeluarkan dalam 2 trim yang berbeza iaitu 2LT dan 2SS dimana ia menggunakan enjin berkapasiti 3.6L dan 6.2L masing masing. Bagi trim 2LT, ia menggunakan enjin 3.6L V6 berkuasa 312 hp manakala trim 2SS menggunakan enjin 6.2L V8 berkuasa 426 hp. Untuk mengetahui tentang trim-trim yang berbeza ini sila klik sini.

Pelbagai hiasan dilengkapi untuk edisi Bumblebee ini seperti rim yang dicat dengan high-gloss black, leather seat berwarna hitam, logo Autobot di perbagai tempat, dan juga jahitan kemasan menggunakan warna kuning. Camaro yang digunakan dalam sekuel Dark of The Moon tidak lagi menggunakan warna kuning tetapi telah ditukar kepada amber dan ‘racing stripe’ hitam pada hood telah dipekatkan.

“If the Transformers edition Camaro looks this good in HD, think about how tough it would look in your driveway”- Chevrolet

[wp-jw-player src=”http://www.youtube.com/watch?v=dc6guLd_GEM”]

Tahukah anda: Camaro SS 1976 asal yang digunakan untuk penggambaran Transformers telah dilelong di eBay dan berjaya dijual dengan harga 40,100.01 USD. Kalau beli Camaro SS yang baru pun baru 34,420 USD je. Mungkin harganya melambung naik selepas dinaiki oleh Megan Fox gamaknya haha

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!