Diskusi

Bincang-bincang,Sembang-sembang,Merungkai Segala Persoalan.Semoga Bermanfaat

Internet & Teknologi

Perkongsian Mengenai Tip Berblog,Buat Duit Di Internet/Blog, SCAM Program dan Juga Isu Teknologi Semasa

Isu Cinta

Kisah-kisah cinta,tips untuk lelaki & wanita,dating tips, tips mengekalkan kasih sayang rumah tangga

Permotoran

Automotive News – news, reviews, motoring tips Includes cars, bikes, trucks

Picture/Wallpaper

Koleksi gambar-gambar menarik,pelik,seram dan pelbagai ragam dikongsi disini

Home » Dalam Negara

Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh

Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh
Submitted by mazuki on 03/12/2009 – 2:06 PM17 Comments

Rujuk artikel dibawah :

Fatine Min Bahari Seorang Khunsa Bukan Bapuk atau Maknyah

Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.

Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.

“Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya,”

“Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,” kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

-mstar-

Adakah cukup dengan kemaafan yang Fatine luahkan dan semudah itu keluarganya untuk memaafkan kesilapan  tersebut? Mungkin kemaafan akan diterima oleh keluarganya jika ada keinsafan dalam diri Mohammed Fazdil untuk kembali sebagai seorang lelaki dan memutuskan perkahwinan dengan lelaki warga Britain itu.

“Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan “tidak dapat menerima orang sepertinya”

Ini bukan soal nilai orang melayu tetapi ini soal agama perkahwinan antara lelaki dengan lelaki. Sesuatu yang luar tabii manusia yang dilarang keras dalam Islam sebagaimana yang kita tahu bagaimana Allah telah melaknat kaum nabi luth yang berpasangan sesama jantina.

maknyah malaysia 2

Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??

Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.

Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.

Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.

Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.

Rujuk artikel dibawah :

Fatine Min Bahari Seorang Khunsa Bukan Bapuk atau Maknyah

 Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh
Be Our Readers, Subscribe by Email

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 16%

Related posts:

  1. Hamas Tawarkan 3000 USD Kahwin dengan Janda Palestin Disebabkan serangan oleh Israel sebelum ini ramai dikalangan lelaki di...
  2. 10 Perkara Membuktikan Lelaki Itu Rumit 1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta...
  3. Isu Kenyataan Ahmad Dhani : Lelaki Tidak Berpoligami Itu Munafik! Ini sebenarnya tajuk berita di mstar semalam. AHMAD Dhani sememangnya...
  4. Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power) Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan...
  5. Mengenali Lelaki Melalui Sifat Luaran (Fizikal) Mungkinkah ciri-ciri yang ada dibawah ini yang membuatkan pasangan anda...

Artikel Ini Ditulis Oleh mazuki

MOOD pulang ke kg RAYA!!!ADD Saya Di Facebook
· Tags: , , , , ,

Apa Kata Anda...???

NOTE : Tiada lagi masalah untuk membuat komen. Tak percaya Cuba La...

17 Comments »

  • safar says:

    Boleh pula kahwin dengan lelaki.tak tahu siapa diri sendiri.
    lelaki mesti kahwin dengan perempuan.

    intan Reply:

    2 mmg ar betul,tpi
    dye musti ade sbb2 yg trsendri…

  • intan says:

    bila bace trkejut gak….
    tpi atas dri masing2kn??
    bgi aku dosa 2 ttp brdosa
    tpi kite xleh nak hukum dye senang2
    ikut suka suki hati kita jew…
    bgi aku atas dri msing2 benda 2….
    ala bkan bru ari nie bnda 2 jadi
    knp bru skrg nak kecoh2???
    bkn nak sokong…

    mazuki Reply:

    bukan nak menghukum tetapi kadang hukumnya sudah jelas diterangkan seperti minum arak itu haram

    intan Reply:

    2 aqu tau ar….
    tpi bende2 mcam nie dah biase
    kn,knp skrg bru nak bukak
    citer??bgi aqu kite ade hak msing2..

    mazuki Reply:

    itu yg masalahnya…dah banyak sangat perkara yang salah menjadi kebiasaan bagi kita..huhu

    memang mudah untuk kita suruh orang itu insaf tapi bukanlah mudah untuk seseorang itu berubah…

    kalau dia mampu berubah itu sangat la bagus…mungkin tidak hari ini esok…

    intan Reply:

    ha mcm 2 ar….
    kte xleh pakse2 dye mcm 2 jew..

    danis cute Reply:

    kta sma2 hrpkn y trbaik wt seme umat islam..

  • danis cute says:

    smlm bru kuar isu ni kt metro…kta pn xleh nk ckp pe,sbb kta x thu cite y sbnarnya…pape pn kta doakn moga (fadil) ni sedar akn apa y dh trjdi….

    intan Reply:

    betul2….
    aqu setuju…

    mazuki Reply:

    aku pon ;)

    danis cute Reply:

    korang pn mst ada bce metro smlmkn…2 seme ada sbbny kn?

    danis cute Reply:

    emmm….org hny th nk bg cemuhan jer…y salah 2 y cpt sgt nk nilai tp bla soal kebaikn lgsg ttp mata…

  • Fatin Pauzi says:

    Ada kisah dia kat metro ek? Saya tak baca pun. APa kisah sebenar dia ek?

  • rayzal says:

    inilah masalah org kita.. bila dah buat salah ikut styl barat.. hak individu konon nyer.. sedangkan dalam islam dah jelaskan.. yang salah tetap salah.. Jadi.. kita ada OTAK pakai… Klu rase diri sebagai org islam… LU PIKIR LA SENDIRI..

  • [...] Tinggal Di UK Submitted by mazuki on 24/07/2010 – 4:13 AMNo Comment Share0CommentsAdvertisePerkahwinan kontroversi Mohamad Fadzil dengan lelaki dari UK tahun lepas agak [...]

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Advertise at Simplypromotion!!!
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini

| Site Meter

.