Diskusi

Bincang-bincang,Sembang-sembang,Merungkai Segala Persoalan.Semoga Bermanfaat

Internet & Teknologi

Perkongsian Mengenai Tip Berblog,Buat Duit Di Internet/Blog, SCAM Program dan Juga Isu Teknologi Semasa

Isu Cinta

Kisah-kisah cinta,tips untuk lelaki & wanita,dating tips, tips mengekalkan kasih sayang rumah tangga

Permotoran

Automotive News – news, reviews, motoring tips Includes cars, bikes, trucks

Picture/Wallpaper

Koleksi gambar-gambar menarik,pelik,seram dan pelbagai ragam dikongsi disini

Home » Dalam Negara

Penipuan SwissCash : Pelabur Swisscash Akan Dapat Balik Duit

Penipuan SwissCash : Pelabur Swisscash Akan Dapat Balik Duit
Submitted by mazuki on 14/11/2009 – 1:43 PM9 Comments

Semalam saya ada dengar pasal pelaburan swisscash ni dalam berita tv 3 dan diberitakan sejumlah Rm31 juta akan dipulangkan kembali kepada para pelabur yang mengalami kerugian sebelum ini akibat siasatan dijalankan oleh Bank Negara Malaysia.

Namun, bukan 100% akan dipulangkan balik.

Syarat-syarat yang perlu dapatkan balik duit swisscash anda :

1. Mempunyai bukti kukuh anda sebagai pelabur prinsipal

2. Tidak terbabit dalam proses merekrut pelabur lain untuk join Skim Pelaburan Swisscash.

“Kira-kira 80 peratus daripada mangsa adalah golongan profesional lelaki. Pembayaran ganti rugi akan berdasarkan kaedah peng-agihan yang ditentukan oleh mahkamah dan pelabur perlu mengemukakan dokumen serta bukti berkaitan bagi pelaburan mereka. Bayaran dijadual bermula seawal tahun depan,” katanya di sini semalam.

Deja Moss pon join dan kerugian rm 30 K.

Beliau berkata, ia adalah kejayaan terbesar SC dalam sejarah menyelesaikan kes penipuan pelaburan berikutan selesainya kes penghakiman terhadap dua tertuduh kes berkenaan, Albert Lee Kee Sien dan Amir Hassan pada 6 November lalu.

Beliau berkata, pembayaran dibuat hasil persetujuan penghakiman dengan dua tertuduh untuk membayar kepada SC kira-kira RM31 juta dan digunakan sebagai ganti rugi kepada pelabur.

Skim pelaburan internet Swisscash diharamkan oleh kerajaan dan laman webnya ditutup pada 2007.

Zarinah menjelaskan jumlah RM31 juta yang dipersetujui dibayar oleh Lee dan Amir adalah hasil daripada saman berjumlah AS$83 juta (RM280.3 juta) yang dikemukakan SC terhadap kedua-dua tertuduh dan seorang lagi rakan mereka, Kevin Choo Mun Hoe.

Katanya, penghakiman itu menandakan berakhirnya usaha gigih tiga tahun SC dalam siasatan kes Swisscash yang membabitkan siasatan rentas sempadan, kerjasama dengan tujuh negara serta pengawal selia luar negara.

Beliau juga berkata, pembayaran akan dilaksanakan dengan pelan yang diluluskan oleh mahkamah yang kemudian diuruskan oleh pengurus yang dilantik oleh SC.

“Untuk melayakkan mereka mendapat bayaran, pelabur mesti mengemukakan bukti dalam bentuk dokumen sebagai pelabur prinsipal. Mereka yang merekrut pelabur tidak layak.

“Selain itu, mereka yang melabur selepas SC mengeluarkan amaran jangan melabur dalam skim itu pada 5 September 2006 mungkin tidak layak. Namun SAC akan mencadangkan had tempoh bersesuaian bagi memastikan pelabur yang tidak menyedari penipuan itu turut mendapat ganti rugi,” katanya.

-hmetro-

Sekarang ni macam mana nak buktikan? Sebenarnya, saya rasa kes ini sama seperti kes ceramic dan buluhmas. Syarikat tersebut bayar kepada ahli tiada masalah cuma mungkin ia dapat menggugat kedudukan bank negara.

Sebagai contoh : Sistem ceramic sebelum ini sangat berkesan dan bagus. Maknanya kalau semua orang join ceramic orang tak akan simpan lagi duit dalam bank dan duit dalam bank pon orang akan keluarkan. Bila semua keluarkan duit dari bank negara kita nak dapat duit dari mana lagi kan?

Kebanyakan orang yang tak join kerana takut bukan kerana marketing plan dia yang diorang buat. Aku pon dah tak nak join dah program-program macam ni melainkan ada cop bank negara.hihi

Berbalik kepada isu Penipuan Swisscash, semua ini berlaku pada tahun 2006 dulu jadi saya tidak ambil pusing sangat pada waktu tu cuma memang ada rakan-rakan saya yang join. Harap dengan berita ini dapat mengembirakan  kepada yang pernah menyertai program ni.

Betul ke swisscash tipu orang? Ada orang tak dapat bayaran ker yang join swisscash?

 Penipuan SwissCash : Pelabur Swisscash Akan Dapat Balik Duit
Be Our Readers, Subscribe by Email

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 10%

Related posts:

  1. |What I Know| Goyang Kaki Dapat Duit Ada Bukti Kukuh Wah, memang aku tak sangka selama ni kita selalu cakap...
  2. | What I know | Surfjunky Satu Penipuan Adakah korang pernah mendapat bayaran dari program internet ini? Jika...
  3. Hasil Duit Dari Blog Selepas Setahun Pergh, lama betul untuk mendapatkan hasil dari blog pada awal...
  4. Buat Duit Dengan Global Domain International(GDI) Nampaknya sejak kebelakangan ini buat duit dengan GDI makin rancak...
  5. Dapat 1USD Setiap Sign Up – New Pay Per Lead Apa itu Pay Per Lead? Dengan penerangan yang mudah, ianya...

Artikel Ini Ditulis Oleh mazuki

MOOD pulang ke kg RAYA!!!ADD Saya Di Facebook
· Tags: , , , ,

Apa Kata Anda...???

NOTE : Tiada lagi masalah untuk membuat komen. Tak percaya Cuba La...

9 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Advertise at Simplypromotion!!!
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini

| Site Meter

.