(Gambar) Tengku Ratu Haidar Permata Baru Linda Jasmine Dan Que Haidar
MYmalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma
26 Oktober yang lalu Linda Jasmine telah pun melahirkan anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Que Haidar atau sekarang ini lebih popular dengan jolokan “Wajib Tayang”. Kalau nak tahu kenapa “Wajib Tayang” kena pergi tengok cerita Papadom.
Dah nama pun ratu pasti lah anaknya seorang perempuan. Namun, seperti sebelum-sebelum ini sebagaimana artis-artis lain pasangan ini tidak membenarkan wartawan atau mana-mana pihak untuk mengambil gambar Tengku Ratu Haidar. Jadi anda semua tak perlu la nak susahkan diri search mana-mana forum dan di internet gambar anak perempuan Linda Jasmin dan Que Haidar ini.
“Saya nak jelaskan kepada semua yang saya tidak pernah tahu langsung orang lain pernah gunakan nama itu.
“Jadi, kalau ada tu nak buat macam mana dah kebetulan sama. Saya inspirasikan nama Ratu semasa majlis perkahwinan kami pada Februari lalu.
“Ramai dikalangan rakan-rakan media yang menggelarkan Linda umpama ratu. Selain itu, saya anggap bayi kami ini sebagai ratu hati saya.
“Saya sudah ada khalifah hati saya iaitu anak tiri saya Qalif Khan dan sekarang saya ada ratu pula.
“Nama Haidar pula diambil sempena nama arwah bapa saya,” kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
-mstar online-
Bagaimana pun mereka membenarkan mana-mana wartawan untuk menziarah mereka dan melihat Ratu mereka tetapi tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Mereka mungkin akan tunjuk wajah Tengku Ratu Haidar selepas Linda Jasmin selesai pantang.
Be Our Readers, Subscribe by Email






